Tahniah Kepada Skuad Bola Sepak Sukan SEA Malaysia 2011 | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Monday 21 November 2011

Tahniah Kepada Skuad Bola Sepak Sukan SEA Malaysia 2011

KEPUTUSAN PENUH
MALAYSIA (1)   -   (1) INDONESIA
Sepakan Penalti (Malaysia Menang 4-3)


Perlawanan yang cukup mendebarkan. Pertembungan dua musuh tradisi ini akhirnya ditamatkan melalui sepakan penalti. Setelah 120 minit masa permainan sebenar berjalan, Malaysia dan Indonesia hanya terikat dngan jaringan 1-1.

Kita yang hanya menonton dari kaca telivisyen di Malaysia ini pun sudah cukup membuat jantung kita seperti hendak tercabut, apatah lagi bagi pemain-pemain negara kita yang berada di dalam stadium ditempat orang yang dipenuhi oleh ratusan ribu penyokong sang garuda itu.

Kita harus berbangga, pemain-pemain muda kita itu semua berjaya menyerap segala tekanan dan dapat mengekalkan pingat emas yang kita menangi 2 tahun lalu di Laos tetap menjadi milik harimau malaya.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para-para pemain dan pegawai yang terlibat. dan selepas ini pasukan negara akan melalui lagi satu perlawanan getir hari rabu ini iaitu menentang pasukan olimpik Syria untuk kelayakan peringkat kumpulan untuk Olimpik London 2012.

Diharapkan pasukan yang kita banggakan ini akan terus dapat mengekalkan momentum untuk terus maju mengharumkan negara malaysia. MALAYSIA BOLEH!!!

1 comment:

Faidz Othman said...

tahniah Harimau Muda... Malaysia Boleh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...