Semua Blogger Hanya Pandai Bersandiwara Sahaja | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Saturday 26 November 2011

Semua Blogger Hanya Pandai Bersandiwara Sahaja

Gambar Hiasan
Buat pengetehuan semua, sebelum ini saya ada mempunyai sebuah blog yang berkonsepkan personal untuk berkongsi apa-apa tentang diri saya bersama-sama rakan blogger yang lain. Sepanjang saya berkecimpung dalam dunia blogger ini banyak feedback yang saya terima sama ada yang baik atau pun yang buruk.

Pembaca blog saya itu tidak hanya kepada rakan-rakan blogger sahaja, malah rakan-rakan saya yang lain yang tidak terlibat secara langsung dalam dunia blog ini pun ada yang berminat membaa blog tersebut.

Disini saya ingin menyenaraikan antara feedback yang saya terima sama ada dari rakan-rakan blogger atau pun dari rakan-rakan yang lain sepanjang saya menceburi dunia blog sebelum ini. Saya pun tidak pasti sama ada ini adalah feedback yang baik atau pun sebaliknya.

1. Blogger ni kalau ada masalah sahaja, semua benda hendak berkongsi dengan orang lain. tidak kira lah sama ada yang peribadi atau pun perkara-perkara sensitif.:)

2. Kadang masalah yang timbul hanya sedikit sahaja, tetapi bila di dalam blog, jalan ceritanya kadang-kadang seperti mengalami masalah yang sangat besar sehingga boleh menyebabkan konomi negara lumpuh. :)

3. Ada yang mendapat sedikit berita gembira, tapi di dalam entry nya akan menceritakan seperti telah memenangi hadiah satu juta ringgit. :)

4. Kebanyakkan blogger bila menulis, kebanyakkan nya akan sentiasa melebihkan diri sendiri. Hanya diri sendiri adalah terbaik. Contohnya :

- Menonjolkan bahawa dia sahaja yang mempunyai keluarga yang paling bahagia, padahal di rumah hendak dengar sesama ahli keluarga berborak pun susah.

- Menonjolkan keakraban dengan melihatkan kemesraan bersama rakan-rakan padahal perjumpaan bersama rakan tersebut dalam satu tahun hanya satu dua kali sahaja.

- Menonjolkan keaktifan masing-masing melibatkan diri dalam banyak aktiviti padahal itu adalah penglibatan seseorang itu secara tidak langsung.

5. Blogger berkonsepkan SEO ini hanya mementingkan pageview daripada kemesraan sesama blogger lain.:)

6. Kebanyakkan blogger tidak mempunyai pendirian yang tetap. Jika seseorang blogger berpengaruh mengutara sesuatu pendapat, semuanya dianggap betul.)

Sebenarnya banyak lagi feedback yang saya terima. Tapi sebagai negara yang berdemokrasi rasanya tidak salah untuk mereka semua meluahkan pendapat masing-masing.

Yang penting, niat seseorang itu dalam penulisan meraka itu. Di sini saya menasihatkan pada diri saya sendiri agar, apa yang terdapat di dalam blog saya ini dapat memberi sedikit kebaikan kepada pembacanya,walaupun sedikit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...