Bau Ketiak Lelaki Boleh Menghilangkan Stress Dan Penawar Mood Wanita | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Monday 21 November 2011

Bau Ketiak Lelaki Boleh Menghilangkan Stress Dan Penawar Mood Wanita


Fakta demi fakta ahli sains buktikan sehinggalah mereka membuktikan kesahihan kepada hipotesis ini ‘Bau Ketiak Lelaki Penawar Stress dan Mood Wanita’.

Walaupun fakta ini nampak seperti tidak masuk akal, tapi inilah kebenarannya. Kenyataan ini telah dibuktikan dan dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu.

Kajian dilakukan dengan mengumpulkan puluhan wanita berumur 25 dan 45tahun. Tanpa memberitahu mereka ‘wangian semulajadi’ itu telah disapukan ke atas bibir mereka. Wangian itu datangnya dari ketiak lelaki-lelaki yang sengaja diambil tanpa memakai deodoran.

Kajian membuktikan, memang benar. Hidung wanita boleh digoda dengan bau lawan sejenisnya.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita-wanita yang diuji itu sangat unik. Hasil menunjukkan mood mereka bertambah baik dan sudah tentu tekanan turut berkurangan.

Oleh sebab itu, hubungan intim antara suami dan isteri hendaklah lebih tertumpu kepada ketiak lelaki untuk menguwujudkan suasana yang lebih harmoni dan selesa dalam rumah tangga :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...