December 2011 | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Wednesday 28 December 2011

Biodata Penuh Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka)


Pelakon baru Cristina Suzanne, 26 yang bakatnya dicungkil dalam Pilih Kasih musim 2, masih baru lagi, belum lagi banyak muncul di kaca tv, tetapi dia dikatakan bakal mengatasi nama nama wajah pan asia lain macam Diana Danielle, Maya Karin dan Julia Zeigler. Cristina akan berlakon dalam satu lagi drama dari Osman Ali, Bicara Hati, mungkin lepas ni nama dia akan meletup2.


Nama: Cristina Suzanne Stockstill 

Panggilan: Cristina

Tarikh Lahir: 22 Januari 1985


Usia: 26 tahun


Keturunan: Melayu/Jerman


Agama: Islam


Drama: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Bicara Hati (akan datang)


Filem Bebas: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)


Tinggi : 168 cm

Tempat kelahiran : Johor

Kerjaya terdahulu: bekas Peramugari (2003 -2009)

Minat: Mendaki, berkhemah, fotografi

Musik kegemaran :Coldplay, A Fine Frenzy, Camera Obscura, Ruth Sahanaya, Julie London, Sheila Majid, Acker Bilk, Cesária Évora, Broken Social Scene


Kekasih Berasmara Di Bilik Mandi Masjid

KOTA BHARU - Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
 
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.
 
Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.
 
Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
 
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.
 
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.
 
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
 
”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.
 
Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.
 
Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.
 
Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.
 
Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.
 

Monday 19 December 2011

Buat Magic Salji Di Google Search

Antara sebab google adalah pilihan terbaik berbanding yahoo kerana google sentiasa melakukan perubahan dan keunikkan tertentu pada halamannya..kalau korang perasan, google sentiasa menukar homepage searchbox mengikut perayaan dan sambutan tertentu..unik macam ni sapa yang tak nak buka google selalu, tambah lagi google chrome memang laju daripada yang lain..

Nak tahu apa magic terbaru google? Jom tengok apakah dia...pasti korang teringin nak tengok salji turun didepa mata korang sendiri kan, jom tengok salji turun..
  1. Pergi buka Google.com
  2. Taip perkataan “ Let It Snow
  3. Klik "Google Search" atau “Enter”
  4. Perhatikan/biarkan selama 2 second...lihat keajaiban google!
Nak magic lagi tak? Masih ada lagi satu magic yang korang boleh cuba..amaran! jika korang menghidap lemah jantung atau sakit jantung, korang dinasihatkan jangan cuba magic ini..
  1. Pergi buka Google.com
  2. Taip “ mov0001.swf ” atau copy & paste
  3. Klik "Google Search" atau “Enter”
  4. Kemudian, klik link paling atas dalam bentuk Flash Player
Warning: If you have some heart or nervous problem, better NOT try this....!
 

Aktress China Sun Fei Fei, Sengaja Tunjuk Payu Dara Di Karpet Merah

AKTRES CHINA SUN FEIFEI TUNJUK PAYUDARA UNTUK DAPATKAN PERHATIAN? | Aktres China, Sun Feifei akhirnya faham apa yang gadis-gadis TOWIE sudah tahu berbulan lalu … 

untuk dikenali di persada antarabangsa, apa yang perlu dia lakukan hanya tunjukkan sedikit payu dara. Tapi yang menyedihkan untuk bintang TV ini, ia disebabkan satu kejadian yang memalukan di karpet merah.

Sun kelihatan sangat jelita dengan gaun panjang berwarna putih ketika bergaya di hadapan jurugambar dalam perjalanan masuk ke dewan untuk acara Anugerah Esquire di Beijing. 

Ketika dia berpusing untuk masuk ke bangunan, hos malam itu, Fang Ling dengan ‘tidak sengaja’ terpijak tali gaun aktres itu lantas menarik gaun itu ke bawah.


Sun bernasib baik kerana dia mengenakan coli tanpa tali dan seorang pembantu dengan cepat membalut tubuh Sun dengan selimut berwarna kelabu. Sebelum anda merasa kasihan dengan Sun, apa kata anda lihat dahulu gambarnya. Laman web berbahasa Inggeris tempatan, Shanghaiist.com mempersoalkan ketulenan insiden itu.



Ia menulis, “Tangan Sun yang terbuka dan raut wajahnya yang terperanjat – seperti dibuat-buat juga wajah Fang yang terperanjat juga seperti dibuat-buat, menjadikan kami rasa insiden itu seperti dirancang untuk sengaja mendapatkan publisiti.” 

Lagipun, ini adalah cara terbaru aktres China cuba mendapatkan perhatian kepada dada mereka daripada skil lakonan mereka. Minggu lalu, Liu Yuxin dengan berani mendedahkan dadanya. Hos televisyen Liu Wan juga sering memilih pakaian yang mendedahkan sebahagian dadanya.


Walaupun begitu, kejadian terpijak gaun aktres di karpet merah sebenarnya adalah perkara biasa. George Clooney, Harrison Ford dan Brad Pitt pernah juga tersalah langkah. Mungkin Fang benar-benar tidak sengaja.  

BAUCER BUKU RM200 AKAN MULA DI EDAR AWAL JANUARI 2012

Baucer buku RM200 akan mula di edarkan pada minggu pertama bulan Januari 2012.

Baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.

“Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.

“Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan,” katanya selepas merasmikan Karnival Komuniti Pasir Gudang, dekat sini semalam.

SEMAKAN SMS KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2011 | MYSMS 15888

SEMAKAN SMS KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2011 | MYSMS 15888 |  Seperti mana yang anda sedia maklum Keputusan Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan pada hari Khamis ini (22 Disember 2011). Anda boleh dapatkan Keputusan UPSR anda di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. Bagi mereka yang mahu membuat Semakan Keputusan UPSR 2011 dengan SMS, anda boleh cuba langkah dibawah.


Untuk Semakan Keputusan Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) secara SMS anda juga boleh mila menyemaknya bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 hingga 12 malam, 28 Disember 2011. Semoga berjaya!


Thursday 1 December 2011

Biodata Penuh Nur Fathia Abd Latif (Pelakon / Model Iklan)

Pelakon Yang semakin menyinar
 
 BARU dua tahun menceburi bidang lakonan, nama Nur Fathia Abd Latiff atau Fathia sudah mula menjadi sebutan ramai. Drama Stanza Cinta meletakkan namanya sebaris pelakon popular sedia ada dan mula menjadi perhatian penerbit drama mahupun filem.






PROFILE PENUH NUR FATHIA ABD LATIF

Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff

Panggilan: Fathia

Tarikh lahir: 1 September 1987

Umur: 24 Tahun

Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang

Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik

Kerjaya: Pelakon dan Model

Pendidikan: Sedang Mengikuti Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Drama dan telefilem: Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut.

Filem: Al-Hijab

Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua dan Panasonic.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...