Online Permohonan Kemasukan Mengikuti Program Teknologi Petroleum di INSTEP - PETRONAS (Pengambilan Januari 2012) | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Monday 21 November 2011

Online Permohonan Kemasukan Mengikuti Program Teknologi Petroleum di INSTEP - PETRONAS (Pengambilan Januari 2012)

Berita baik untuk pelajar lepasan Diploma daripada IPTA/IPTS yang berkaitan kejuruteraan, kerana permohonan kemasukan mengikuti program teknologi petroleum di INSTEP-PETRONAS di Dungun Terengganu telah dibuka sejak 20 November 2011.

Berikut adalah panduan permohonan:
Sila teliti setiap arahan/panduan yang disediakan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa mengisi maklumat permohonan. Selain maklumat di bawah, sila perhatikan juga dengan teliti tarikh-tarikh penting dan Panduan Mengisi Borang.

Memohon Secara Online:
  1. Permohonan secara Online dibuka mulai 20 Nov 2011, jam 8.00 pagi. Permohonan yang dibuat sebelum tarikh tersebut tidak akan diproses.
  2. Pemohon dikehendaki (wajib) melengkapkan kesemua maklumat di ruangan yang berkaitan.
  3. Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 30 Nov 2011, jam 5.00 petang.
  4. Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut di atas tidak akan diproses.
  5. Pemohon perlu memilih menu Pendaftaran Baru yang terdapat di bahagian kiri laman web untuk pertama kali membuat permohonan.
  6. Kata Laluan perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum dan perlu sentiasa diingati.
  7. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki, sekiranya maklumat yang diisi tidak lengkap, pemohon tidak boleh ke langkah seterusnya.
  8. Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS MANAGEMENT TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank - No. Akaun: 13020011024059.
  9. Yuran proses tidak akan dikembalikan.
  10. Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.

Keputusan Pemilihan :
8 Dis 2011

Program Yang Ditawarkan:
Berikut adalah senarai program yang ditawarkan untuk sesi pengambilan kali ini:

PTP-1 PROGRAM TEKNOLOGI PETROLEUM (1 tahun)
(Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Mekanikal, Proses dan Pengeluaran) -Untuk Lepasan Diploma


PERHATIAN : PERMOHONAN TIDAK AKAN DITERIMA SELAGI BUTANG "Hantar" TIDAK DIKLIK DAN LAMAN STATUS PERMOHONAN DIPAPARKAN.

1 comment:

Anonymous said...

apply now at www.instep-online.my
Jan 2013 intake!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...