Kenikmatan Sebenar Yang Tersirat Di Sebalik Hubungan Seks | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Sunday 27 November 2011

Kenikmatan Sebenar Yang Tersirat Di Sebalik Hubungan Seks

Gambar Hiasan
Apabila sebut tentang seks, ada yang berasa teruja mendengarnya. Tetapi cerita disebalik seks masih ramai yang tidak tahu kenapa seks ini wujud dan sebab musababnya. Kali ini kami akan membongkarkan apa yang tersirat sebenarnya di sebalik seks atau perhubungan intim.


Lelaki yang melakukan hubungan seks, menyebabkan aliran daripada testosterone memperkuatkan tulang dan otot serta membantu transform DHEA, iaitu hormon yang mempunyai fungsi untuk sistem imun tubuh.

Sementara bagai wanita pula, hubungan seks ini boleh merangsang pelepasan oksitosin yang boleh membuat perasaan menjadi lega, tenang dan rileks dan terasa lebih nyaman.
Dalam beberapa kajian lain yang dilakukan oleh pakar-pakar juga mendapati hubungan seks yang dilakukan secara teratur memberi manfaat yang sama, seperti senaman yang dibuat secara bersistem.

Ia mampu meningkatkan peredaran darah, kadar kolestrol baik dalam darah dan ada yang melaporkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan isterinya secara rutin 3 kali seminggu, kemungkinan untuk terkena masalah prostat, kadarnya menjadi lebih kecil.

Kajian dari Royal Edinburgh Hospital bersama kumpulannya telah menemubual dengan lebih daripada tiga ribu orang di Britain, Amerika dan Eropah. Tujuannya adalah untuk membandingkan kehidupan seks dan penampilan fizikal dalam kelompok umur yang sama.

Dalam tinjuan itu mereka merumuskan, orang yang menjalani kehidupan seks yang aktif akan lebih awet muda kerana seks mampu memperlambatkan proses penuaan.

Selain itu ia mampu memberikan perasaan aman dan saling terikat dalam hubungan sehingga membawa perasaan bahagia dan automatik menjadi mereka lebih sihat dan kelihatan awet muda.

Dengan kata lain hubungan seksual mempunyai nilai-nilai kesihatan yang positif untuk tubuh. Apa lagi jika anda menikmati dan mencapai orgasme serta memberikan rasa keseronokan yang sama kepada pasangan, ketika melakukan hubungan seksual itu sehingga peningkatan pelepasan hormon-hormon menjadi optimum.

Namun sebagai lelaki, anda harus tahu bukan kuantiti seks yang penting tetapi kualiti seks yang anda lakukan bersama isteri itu diambil kira, dalam menjana kesihatan tubuh anda

 SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...