Antara Nama-Nama Bintang Hollywood Yang Berjaya Melawan Penyakit Kanser Payu Dara | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Tuesday 22 November 2011

Antara Nama-Nama Bintang Hollywood Yang Berjaya Melawan Penyakit Kanser Payu Dara

Antara bintang Hollywood yang berjuang untuk melawan kanser payu dara.

Kylie Minogue 


Penyanyi yang bersuara seksi ini menerima berita dia menghadapi kanser pada tahun 2005. Setelah menjalani pembedahan dan kemoterapi selama lapan bulan, dia dikatakan bebas dari penyakit maut tersebut.

Sheryl Crow
Dia disahkan menghidap kanser payu dara ketika memasuki usia 48 tahun. Dia telah mengambil dua orang anak lelaki sebagai anak angkat sebagai penawar duka sepanjang dia menjalani proses rawatan.

Cynthia Nixon
Wanita yang popular dengan watak Miranda Hobbes dalam cerita 'Sex and the City' ini disahkan menghidap kanser payu dara pada 2006. Setelah dia menjalani pembedahan dan kemoterapi selama enam hingga lima bulan dia berjaya bebas dari penyakit maut tersebut.

Christina Applegate


Pada Ogos 2008, melalui jurucakapnya , Christina Applegate mendedahkan kepada orang ramai bahawa dia tengah berjuang melawan kanser payu dara. Dia membuat pemeriksaan kesihatan awal kerana ibunya merupakan pesakit kanser payu dara dan rahim. Pemeriksaan yang dibuatnya membuatkan dia sembuh lebih awal.

Suzanne Somers
Namanya meningkat naik ketika dia memegang watak dalam beberapa cerita komedi seperti 'Step by Step' dan 'Three's Company'. Dia menjadi perhatian ketika menerima laporan kanser payu dara sembilan tahun yang lalu. Dia yang menjalani terapi holistik, akhirnya sembuh, dia juga sempat bercakap di acara 'Oprah Winfrey Show' mengenai kekuatan mental yang dapat menyembuhkan penyakitnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...