Nama Thaksin Shinawatra Tiada Dalam Senarai Pengampunan Di Raja Thailand | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Tuesday 22 November 2011

Nama Thaksin Shinawatra Tiada Dalam Senarai Pengampunan Di Raja Thailand

 

BANGKOK: Kerajaan Thailand menolak kemungkinan pengampunan di raja diberikan kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, menurut Menteri Kehakiman semalam.

Keputusan dibuat setelah menerima kritikan kuat daripada pihak pembangkang ketika draf dekri dibentangkan.


Thaksin kini tinggal di luar negara untuk mengelakkan dari dipenjara atas kesalahan rasuah.

Semalam, Kabinat dikatakan akan membenarkan Thaksin mendapatkan pengampunan diraja yang membolehkan dia pulang ke Thailand tanpa menjalani hukuman penjara.


Keputusan itu menyebabkan pembangkang, berang.

“(Thaksin) tidak akan menerima apa-apa kelebihan” daripada pengampunan di rahja untuk tahun ini, kata Menteri Kehakiman, Pracha Promnok kepada pemberita, semalam.

Pengampunan diraja diberi setiap tahun ketika hari ulang tahun Raja Bhumibol Adulyadej pada 5 Disember.

Ia tidak diberikan kepada mereka yang didapati bersalah atas kesalahan dadah, rasuah dan mereka yang belum pernah merengkok dalam penjara.

 SUMBER : MYMETRO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...