Aktiviti Hentam Menghentam Sesama Blogger Bermusim | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Tuesday 29 November 2011

Aktiviti Hentam Menghentam Sesama Blogger Bermusim

Gambar Hiasan
Adakah semua orang perasan tentang perkara ini? Semenjak dua menjak ni, entry-entry panas tentang hentam menghentam kutuk mengutuk sesama blogger sudah surut. Bagus lah kalau perkara ini berterusan.

Tetapi, adakah dunia blog ni akan aman selama-lamanya. sudah pasti tidak. Dari pemerhatian saya yang telah melibatkan diri dalam dunia blog ini walaupun tidak begitu lama tapi hampir mencecah satu tahun, aktiviti cemuh mencemuh ini akan berlaku mengikut musim. Saya peraya dua tiga bulan lagi akan kembali berlakunya perkara ini.

Cuba ingat kembali dua atau tiga bulan lepas, bukan main meriah lagi semua kutuk mengutuk sesama sendiri.walaupun mereka semua tidak merujuk seara jelas kepada siapa yang ingin dituju, tetapi secara jelasnya mereka mengutuk sesama blogger.

Lagi-lagi bila ada blogger yang popular atau yang berpengaruh membuka satu "point" sahaja. maka melarat-laratlah blogger lain turut sama menyertainya membuat entry-entry hntam menghentam ini. (blogger femes jangan sentap lak..haha)

Tapi, mengapakah aktiviti ini berlaku. Adakah kerana sikap cemburu kepada kejayaan orang lain? Atau tidak boleh melihat orang lain lebih dari diri mereka sendiri? Ataupun terasa diri itu sudah cukup hebat sehinggakan orang lain tidak boleh menegurnya?. Sukar untuk menterjemahkannya.

Kesimpulannya kita yang hidup dalam satu komuniti ini perlu bersatu. Jangan memporak perandakan "rumah" kita sendiri. Cuba kita perhatikan berapa banyak blogger indonesia yang menghentam negara kita. Lagi-lagi selepas mereka kalah pada final bolak sepak sukan SEA lalu.

Tapi, berapa banyak pula blogger negara kita yang cuba mempertahankan kembali maruah negara kita itu? Memang ada. tapi adakah seramai yang seperti kita harapkan. Kita semua lalai. (termasuk diri saya sendiri).. orang luar bermaharajalela menyerang kita. Kita pula wujudkan "perang saudara" sesama sendiri. Sedih.

1 comment:

fisya sabri said...

huhu,da takde idea buat entry la tu kut..susah jugak ye nak jadi blogger neh, seb bek la kak lang ni jnis yang tak kisah sangat apa pun yg brlaku..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...