HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Showing posts with label MALING MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label MALING MALAYSIA. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

Tuduhan Terbaru Indonesia Bahawa Malaysia Membunuh Orang Utan Indonesia

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Satu demi satu tuduhan tidak masuk akal dilempar mat-mat Indon terhadap Malaysia.
Jika dahulu kita dituduh mencuri tanah dan kebudayaan mereka, kini tuduhan yang hampir sama tetapi melibatkan perkara lain pula.

Terbaru, syarikat Malaysia dituduh membunuh Orang Utan di Indonesia dan sekali gus mencalarkan reputasi negara itu.

Baca komen yang dilemparkan oleh salah seorang Mat Indon di bawah ini yang kami petik daripada laman web Centre For Orang Utan Protection (COP) di Indonesia.

Pusat Perlindungan Orang Utan (COP) mengkritik cara kejam dan tidak bermoral ladang-ladang kelapa sawit Malaysia yang berpusat di Kalimantan, terutamanya Metro Kajang Holdings (MKH) Berhad. Syarikat ini telah membersihkan hutan-hutan dan mengancam kehidupan orang utan serta hidupan liar lain di Muara Kaman, Timur Kalimantan.

Daniek Hendarto sebagai orang yang berkempen bagi pihak COP berkata:

“Aktiviti jenayah dan kekejaman yang dilakukan oleh MKH Berhad, telah menghancurkan reputasi Indonesia. Pemusnahan hutan dan banyak binatang menjadi terancam di Indonesia, dan ini tidak akan memberikan apa-apa kekurangan kepada Malaysia. Sebaliknya, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada Malaysia. 

Dunia akan mengenali industri minyak sawit Indonesia sebagai industri kejam. Akhirnya, para pengguna enggan membeli produk minyak sawit kami. Dan pengguna akan memilih minyak sawit Malaysia dan bukannya Indonesia. Untuk membolehkan produk-produk Indonesia dijual di pasaran antarabangsa, minyak sawit Indonesia akan dibeli oleh Malaysia terlebih dahulu, dan melabelkannya sebagai produk mesra-eko. Ini hanya satu ulangan jenayah pembalakan haram. 

Hutan Indonesia dibersihkan, balak dijual kepada Malaysia dengan harga rendah kemudian mendapat sijil mesra-eko, dengan itu ia akan dijual dalam pasaran dunia sebagai produk mesra alam Malaysia,”.

“MKH Berhad menguji integriti pihak penguatkuasaan undang-undang Indonesia. Mereka menguji kesabaran kita dan keberanian Indonesia sebagai sebuah negara. Sementara siasatan kes pembunuhan orang utan sedang dijalankan, terdapat seekor orang utan dewasa yang dijumpai cedera dipukul di kawasan konsesi mereka. Undang-undang Republik Indonesia dan Undang-undang nombor 5/1990 berkenaan dengan Pemeliharaan Sumber Semulajadi Kehidupan dan Ekosistemnya telah dipandang rendah oleh MKH Berhad.”

“Cukup-cukuplah. Ini masa untuk MKH Berhad and syarikat Malaysia yang lain meninggalkan Indonesia. Sudah cukup untuk mereka menimbulkan masalah di Indonesia.”

Kenyataan ini telah disampaikan dalam satu demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia. Para sukarela COP memakai kostum Hanoman, Jaya Anggodo dan Suwido, mereka adalah pahlawan-pahlawan beruk dalam cerita epik Ramayana.

**Anda nampak kebodohan Mat Indon ini. Kalau industri minyak sawit Indonesia dibangun dan dipegang syarikat-syarikat dari Malaysia, mengapa pula syarikat Malaysia mahu memburukan perniagaan milik mereka sendiri di sana? Penulis tak berapa nampak lojik perdebatan yang dibawa Mat Indon ini. Adakah anda faham?

**Tanam kelapa sawit pun kita yang ajar, ada hati nak sebut industri minyak sawit Indonesia, geli anak tekak mendengarnya.

SUMBER : MYNEWSHUB


Wednesday, 23 November 2011

Pelajar Malaysia Di Bandung Menerima Ugutan "Bunuh" Setelah Malaysia Menjuarai Emas Bola Sepak Sukan Sea

Malaysia berjaya mempertahankan emas sukan sea yang dimenangi dua tahun lalu


Ugutan itu disebarkan semalam melalui pengguna Twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.

Selepas mendapat kecaman, pengguna Twitter itu memohon maaf atas tulisannya itu, namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan sudah membuat laporan polis berkaitan perkara berkenaan.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata, Twitter mengandungi ugutan itu tersebar luas di Malaysia.

“Selepas mendapat kecaman pelbagai pihak, @hikmat_maswara memohon maaf di twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya.

Ludinata berkata, pimpinan PKPMI di Bandung sudah membuat laporan polis di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.

Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polsi Indonesia untuk tindakan selanjutnya.


“Saya juga sudah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama pengurusan universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di sana,” katanya.

EM Indonesia katanya, sudah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.

Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini. - Bernama

SUMBER : MYMETRO

Tuesday, 22 November 2011

Apa Itu Kereta Kebal Barracuda Indonesia

Semua sudah sedia maklum tentang sejarah pasukan bola sepak negara kita Malaysia yang terpaksa menggunakan sejenis kenderaan perisai yang diberi nama "Barracuda" untuk masuk atau pun keluar dari stadium jika ada perlawanan dengan pasukan indonesia di jakarta.

Pada temasya sukan SEA ke 26 ini, sejarah itu berulang kembali. Lagi perlawanan akhir yang melibatkan Malaysia dan Indonesia telah dimenangi oleh pasukan negara kita. Maka keselamatan pmain-pemain dan pegawai negara kita sudah semesti nye akan terancam. Maka kereta perisai ini pasti akan digunakan.



GAMBAR KERETA PERISAI BARRACUDA INDONESIA


Kerajaan Indonesia dan seluruh rakyat nya perlu berasa malu kerana terpaksa melayan tetamu negeri seperti ini. Keadaan ini cukup membuktikan masih ramai lagi rakyat Indonesia yang belum "kenal" lagi keadaan dunia luar yang sebenarnye.

Ini cukup membuktikan ketamadanun di Indonesia belum cukup kukuh lagi. Diharapkan kerajaan Indoensia perlu bertindak untuk membersihkan nama negara mereka dipersada dunia supaya lebih dihormati oleh negara-negara serantau.

Monday, 21 November 2011

Tahniah Kepada Skuad Bola Sepak Sukan SEA Malaysia 2011

KEPUTUSAN PENUH
MALAYSIA (1)   -   (1) INDONESIA
Sepakan Penalti (Malaysia Menang 4-3)


Perlawanan yang cukup mendebarkan. Pertembungan dua musuh tradisi ini akhirnya ditamatkan melalui sepakan penalti. Setelah 120 minit masa permainan sebenar berjalan, Malaysia dan Indonesia hanya terikat dngan jaringan 1-1.

Kita yang hanya menonton dari kaca telivisyen di Malaysia ini pun sudah cukup membuat jantung kita seperti hendak tercabut, apatah lagi bagi pemain-pemain negara kita yang berada di dalam stadium ditempat orang yang dipenuhi oleh ratusan ribu penyokong sang garuda itu.

Kita harus berbangga, pemain-pemain muda kita itu semua berjaya menyerap segala tekanan dan dapat mengekalkan pingat emas yang kita menangi 2 tahun lalu di Laos tetap menjadi milik harimau malaya.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para-para pemain dan pegawai yang terlibat. dan selepas ini pasukan negara akan melalui lagi satu perlawanan getir hari rabu ini iaitu menentang pasukan olimpik Syria untuk kelayakan peringkat kumpulan untuk Olimpik London 2012.

Diharapkan pasukan yang kita banggakan ini akan terus dapat mengekalkan momentum untuk terus maju mengharumkan negara malaysia. MALAYSIA BOLEH!!!

Apakah Sebenarnya Yang Dimahukan Oleh Rakyat Indonesia Terhadap Malaysia

Dalam diam tak diam temasya Sukan SEA ke 26 akan melabuh kan tirainye dalam masa satu dua hari lagi kan.Tahniah kepada kontinjen Malaysia kerana telah melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak 40 pingat emas itu.

Tidak lupa juga diucapakan tahniah dan selamat berjuang kepada skuad bola sepak negara kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir untuk menentang pasukan tuan rumah Indonesia.

Tapi apa yang menarik perhatian saya pada temasya ini adalah layanan daripada pihak penganjur terhadap para atlet-atlet dan pegawai dari Malaysia. Tidak kira layanan daripada Pegawai penganjur ataupun dari penyokong dan rakyat Indonesia itu sendiri.

Saya tau saya tidak berada disana dan tidak mengetahui keadaan sebenar, tapi apa yang dilaporkan oleh para wartawan dan atelt-atlet sndiri yang kita ketahui dari akhbar-akhbar dan televisyen jelas menunjukkan ada sentimen pilih kasih di temasya tersebut.

Terutamanya jika ada pertandingan yang melibatkan atlet Malaysia. Mengapakah rakyat Indonsia perlu menunjukkan secara terbuka sokongan mereka terhadap siapa sahaja lawan kepada Malaysia. Setiap venue juga pasti akan berlakunya provokasi yang melampau terhadap atlet-atlet kita. Sebagai tuan rumah, perlu menunjukkan semangat kesukan yang baik agar suasana temasya lebih meriah.

Paling yang menyedihkan ialah apabila nyanyian lagu kebangsaan kita NEGARAKU dilaungkan dan upacara menaikkan bendera, mengapa mesti rakyat Indonesia mencerca dan menghina Malaysia. Apakah salah Malaysia terhadap mereka? Maruah Malaysia seperti di hina.

Mungkin mereka semua itu adalah dari kalangan rakyat Indonesia yang tidak pernah lagi menjejakkan kaki mereka ke Bumi Bertuah Malaysia. Oleh sebab itu mereka tidak tahu tentang budaya dan sikap rakyat Malaysia. Mereka perlu sedar berjuta rakyat mereka sedang menimba rezeki di Malaysia. Ini lah semangat serumpun yang Maysia terapkan walaupun pelbagai hinaan telah diterima dari negara Indonesia.

Bagi saya, peranan pemimpin-pemimpin dan pihak media di Indoensia perlu lebih lantang untuk menerangkan kepada rakyat mereka tentang permasalahaan ini. Malaysia dan Indonesia sudah di ibaratkan seperti adik beradik. cubit pha kanan, peha kiri jugak terasa.

Perlu dingat, orang melayu indonesia dan Malaysia adalah kumpulan terbesar umat islam di dunia. kita perlu bersatu untuk memertabatkan islam di persada dunia. Jangan kerana perkara yang remeh temeh perpaduan umat islam tergadai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...