HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Showing posts with label MALAYSIA MENANG EMAS BOLA SEPAK SUKAN SEA. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA MENANG EMAS BOLA SEPAK SUKAN SEA. Show all posts

Friday, 25 November 2011

Biodata Penuh Nazmi Faiz Mansur Pemain Bola Sepak Harimau Malaya

Nazmi Faiz Mansor (kanan) antara bintang muda bola sepak negara yang semakin menyinar
Muhamad Nazmi Faiz Mansor dilahirkan pada 16 Ogos 1994 dan merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia. Beliau bermain di posisi Midfielder. Pada bulan November 2011, beliau telah menangguhkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ingin membantu skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia di Sukan Sea ke 26 yang berlangsung di Indonesia.

Biodata Nazmi Faiz Mansor | Pemain Malaysia

Nama Penuh: Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1994 (umur 17 tahun 2011)
Asal : Kuala Lumpur
Negara: Malaysia
Tinggi : 167 cm .
Posisi : Midfielder
Nombor Jersi: 21
Sekolah : Sekolah Sukan Bukit Jalil, (2008-2011)


Nazmi Faiz Mansor telah melakukan debut pertamanya untuk Sukan Sea ke 26 ketika membantu skuad Malaysia menang 2-1 keatas Thailand, iaitu pada perlawanan kedua Malaysia di peringkat Kumpulan.Jurulatih Malaysia Ong Kim Swee telah menghamburkan pujian kepada Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang menampilkan mutu permainan terbaik.
 

Wednesday, 23 November 2011

Pelajar Malaysia Di Bandung Menerima Ugutan "Bunuh" Setelah Malaysia Menjuarai Emas Bola Sepak Sukan Sea

Malaysia berjaya mempertahankan emas sukan sea yang dimenangi dua tahun lalu


Ugutan itu disebarkan semalam melalui pengguna Twitter bernama @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.

Selepas mendapat kecaman, pengguna Twitter itu memohon maaf atas tulisannya itu, namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan sudah membuat laporan polis berkaitan perkara berkenaan.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata, Twitter mengandungi ugutan itu tersebar luas di Malaysia.

“Selepas mendapat kecaman pelbagai pihak, @hikmat_maswara memohon maaf di twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya.

Ludinata berkata, pimpinan PKPMI di Bandung sudah membuat laporan polis di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.

Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polsi Indonesia untuk tindakan selanjutnya.


“Saya juga sudah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama pengurusan universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di sana,” katanya.

EM Indonesia katanya, sudah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.

Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini. - Bernama

SUMBER : MYMETRO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...