HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Saturday, 26 November 2011

Semua Blogger Hanya Pandai Bersandiwara Sahaja

Gambar Hiasan
Buat pengetehuan semua, sebelum ini saya ada mempunyai sebuah blog yang berkonsepkan personal untuk berkongsi apa-apa tentang diri saya bersama-sama rakan blogger yang lain. Sepanjang saya berkecimpung dalam dunia blogger ini banyak feedback yang saya terima sama ada yang baik atau pun yang buruk.

Pembaca blog saya itu tidak hanya kepada rakan-rakan blogger sahaja, malah rakan-rakan saya yang lain yang tidak terlibat secara langsung dalam dunia blog ini pun ada yang berminat membaa blog tersebut.

Disini saya ingin menyenaraikan antara feedback yang saya terima sama ada dari rakan-rakan blogger atau pun dari rakan-rakan yang lain sepanjang saya menceburi dunia blog sebelum ini. Saya pun tidak pasti sama ada ini adalah feedback yang baik atau pun sebaliknya.

1. Blogger ni kalau ada masalah sahaja, semua benda hendak berkongsi dengan orang lain. tidak kira lah sama ada yang peribadi atau pun perkara-perkara sensitif.:)

2. Kadang masalah yang timbul hanya sedikit sahaja, tetapi bila di dalam blog, jalan ceritanya kadang-kadang seperti mengalami masalah yang sangat besar sehingga boleh menyebabkan konomi negara lumpuh. :)

3. Ada yang mendapat sedikit berita gembira, tapi di dalam entry nya akan menceritakan seperti telah memenangi hadiah satu juta ringgit. :)

4. Kebanyakkan blogger bila menulis, kebanyakkan nya akan sentiasa melebihkan diri sendiri. Hanya diri sendiri adalah terbaik. Contohnya :

- Menonjolkan bahawa dia sahaja yang mempunyai keluarga yang paling bahagia, padahal di rumah hendak dengar sesama ahli keluarga berborak pun susah.

- Menonjolkan keakraban dengan melihatkan kemesraan bersama rakan-rakan padahal perjumpaan bersama rakan tersebut dalam satu tahun hanya satu dua kali sahaja.

- Menonjolkan keaktifan masing-masing melibatkan diri dalam banyak aktiviti padahal itu adalah penglibatan seseorang itu secara tidak langsung.

5. Blogger berkonsepkan SEO ini hanya mementingkan pageview daripada kemesraan sesama blogger lain.:)

6. Kebanyakkan blogger tidak mempunyai pendirian yang tetap. Jika seseorang blogger berpengaruh mengutara sesuatu pendapat, semuanya dianggap betul.)

Sebenarnya banyak lagi feedback yang saya terima. Tapi sebagai negara yang berdemokrasi rasanya tidak salah untuk mereka semua meluahkan pendapat masing-masing.

Yang penting, niat seseorang itu dalam penulisan meraka itu. Di sini saya menasihatkan pada diri saya sendiri agar, apa yang terdapat di dalam blog saya ini dapat memberi sedikit kebaikan kepada pembacanya,walaupun sedikit.

Friday, 25 November 2011

Biodata Penuh Nazmi Faiz Mansur Pemain Bola Sepak Harimau Malaya

Nazmi Faiz Mansor (kanan) antara bintang muda bola sepak negara yang semakin menyinar
Muhamad Nazmi Faiz Mansor dilahirkan pada 16 Ogos 1994 dan merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia. Beliau bermain di posisi Midfielder. Pada bulan November 2011, beliau telah menangguhkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ingin membantu skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia di Sukan Sea ke 26 yang berlangsung di Indonesia.

Biodata Nazmi Faiz Mansor | Pemain Malaysia

Nama Penuh: Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1994 (umur 17 tahun 2011)
Asal : Kuala Lumpur
Negara: Malaysia
Tinggi : 167 cm .
Posisi : Midfielder
Nombor Jersi: 21
Sekolah : Sekolah Sukan Bukit Jalil, (2008-2011)


Nazmi Faiz Mansor telah melakukan debut pertamanya untuk Sukan Sea ke 26 ketika membantu skuad Malaysia menang 2-1 keatas Thailand, iaitu pada perlawanan kedua Malaysia di peringkat Kumpulan.Jurulatih Malaysia Ong Kim Swee telah menghamburkan pujian kepada Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang menampilkan mutu permainan terbaik.
 

Tips Penjagaan Payu Dara Supaya Sentiasa Cantik Dan Sihat

Gambar Hiasan
 Antara senaman yang anda semu boleh buat untuk mencantikkan payudara masing-masing.

1. Luruskan tangan sehingga posisi badan bahagian atas akan terangkat. Ulangilah gerakan ini sampai 10 hitungan. Bila sudah terbiasa melakukannya, tambahlah gerakan menjadi 20 hitungan.

2. Berdiri dengan posisi kedua belah tangan ke belakang sambil menggenggam benda yang agak berat/tongkat.

3. Bongkokkan badan ke depan sampai bahagian punggung menjadi datar. Kemudian gerakan kedua belah tangan seperti hendak meraih sesuatu yang tak terjangkau secara bergantian. Lakukan gerakan ini sebanyak 20 kali.

4. Tangan di depan dada (bersedakep). Lakukan gerakan mendorong dengan kekuatan yang bertumpu pada otot-otot bahu, maka otot-otot bahu dan otot-otot di sekitar payudara terasa mengencang. Ulangi gerakan ini sampai 20 kali hitungan. Bila sudah terbiasa dapat ditingkatkan menjadi 100 hitungan.


Selain melakukan senaman, ada beberapa hal lain yang dapat dilakukan dalam perawatan payudara. Misalnya dengan pengurutan (massage), dalam hal ini pengurutan harus dilakukan secara yang betul. Pengurutan yang salah, justru akan menimbulkan hal-hal yang tidak diinginkan.
  Penyiraman air dingin waktu pagi pada payudara sangat baik, karena akan merangsang tisu-tisu dan otot-otot payudara. Ada beberapa hal yang harus diperhatikan dan dihindarkan dalam perawatan payudara ini.

Selain itu, para wanita perlu hindarkan dari :

- Mandi dengan air panas terlalu sering.

- Jangan tidur dengan posisi telungkup.

- Jangan terlalu sering tidak mengenakan "bra".

- Janganlah melakukan diet yang terlalu ketat, karena bila berat badan turun secara melonjak akan merusak bentuk dan keindahan payudara.

- Jangan memakai "bra" yang terlalu sempit. Pilihlah "bra" yang mempunyai dudukan yang enak dan selesa, sehingga tidak mengganggu pernapasan.

Kebanyakan wanita menjadi rendah diri bila memiliki payudara yang kecil. Hal itu sebenarnya tidak perlu terjadi, kerana kini telah ada alat kesihatan seperti breast pump yang boleh membantu anda mendapatkan saiz payudara yang anda idamkan. 
Pun begitu payudara yang besar mesti bersama dengan tubuh badan yang sihat. Jadi kesimpulannya sangat penting untuk menjaga kesihatan badan secara keseluruhan dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Karena payudara yang sihat sudah tentu akan indah dan kelihatan montok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...