Ramai Blogger Perempuan Jadi Model Amatur | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Friday, 25 November 2011

Ramai Blogger Perempuan Jadi Model Amatur

Contoh model amatur
Mesti semua perasan tentang perkara ini. Sudah menjadi habit tidak kira di blog, facebook dan apa-apa sahaja laman sosial yang popular, orang perempuan lebih terbuka dalam meletak gambar-gambar mereka berbanding lelaki.

Baiklah, kita merujuk kepada blog sahaja okay. Rasanya hampir 88% peratus blogger perempuan akan meletakkan gambar mereka di dalam blog mereka. Bukan setakat di header atau pun di sidebar sahaja, maybe setiap entry juga "wajib" ada gambar mereka.

Selain itu, pada zaman teknologi ini kan semua mampu untuk membeli kamera yang bagus-bagus dan berkualiti tinggi seperti DSLR. Maknanye keghairahan untuk bergambar semakin tinggi dikalangan orang perempuan ini kerana ia akan menghasilkan photoshoot yang baik.

Jadi, apa guna blogkan? Blog bagi orang perempuan, ada sesetengah orang cakap adalah "Diari Harian" . Maka disinilah dijadikan platform untuk semua berkongsi gambar-gambar menarik mereka semua.

Jika ditilik betul-betul, kadang-kadang saling tidak tumpah seperti seorang model.Dengan post-post menarik serta gaya yang menawan, boleh membuatkan semua terpikat kepada yang melihatnya.

Kadang-kadang sebagai orang Melayu terasa bangga melanda diri ini."Sape bilang gadis Melayu tidak Menawan". Rasanya mereka semua ini berbakat untuk menjadi seorang model. Jika mereka cuba pergi dimana-mana audition, mungkin rezeki mereka disana.

Disini bukan hendak cakap pasal hukum agama, kerana itu adalah hak peribadi masing-masing. Semua boleh fikir kebaikan dan keburukannya.

Semua keindahan adalah kurniaan daripada tuhan. kita sebagai manusia di dunia ini diamanahkan untuk menjaganya. Cubalah jaga sebaik-baik mungkin. Daripada tuhan kita datang, dan kepadaNya juga kita akan kembali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...