Pondan Suntik Campuran Simen Dalam Punggung Wanita Untuk Cantik | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Monday, 21 November 2011

Pondan Suntik Campuran Simen Dalam Punggung Wanita Untuk Cantik

LONDON: Seorang pondan yang berlagak sebagai ‘doktor’ dituduh menyuntik campuran simen, minyak, pengedap tayar dan gam ke dalam punggung seorang wanita.
Wanita itu dipercayai turut membuat suntikan kosmetik ke atas dirinya sendiri.

Oneal Morris 30, ditahan setelah wanita itu hampir mati selepas bahan kimia berbahaya merebak ke seluruh tubuhnya.

Dia dikatakan telah membayar 450 pound (RM2250) kepada Morris untuk memejalkan punggungnya pada Mei tahun lalu.


Morris, seorang lelaki yang menjalani hidup seperti seorang wanita, menghadapi tuduhan mengamal perubatan tanpa lesen.

Dia dituduh menjalankan kegiatan itu di rumahnya sendiri.

Tidak lama selepas itu, pesakitnya mula mengalami simptom radang paru-paru dan berbekas warna merah di punggungnya.

Menurut polis, Morris yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat telah menyuntik wanita itu untuk mendapatkan tubuh ‘ghetto booty’ perkataan yang digunakan untuk punggung yang menarik dan besar.

Menurut polis, Morris mungkin seorang daripada anggota rangkaian haram yang dikenali sebagan ‘doktor punggung’ yang menawarkan khimat memejalkan punggung di ‘pesta pam’ di AS sejak beberapa tahun.

Morris, yang juga mempunyai punggung yang pejal, seperti dilihat di gambar polis, ditahan dan didakwa mengamalkan perubatan tanpa lesen dan menyebabkan kecederaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...