Apakah Sebenarnya Yang Dimahukan Oleh Rakyat Indonesia Terhadap Malaysia | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Monday, 21 November 2011

Apakah Sebenarnya Yang Dimahukan Oleh Rakyat Indonesia Terhadap Malaysia

Dalam diam tak diam temasya Sukan SEA ke 26 akan melabuh kan tirainye dalam masa satu dua hari lagi kan.Tahniah kepada kontinjen Malaysia kerana telah melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak 40 pingat emas itu.

Tidak lupa juga diucapakan tahniah dan selamat berjuang kepada skuad bola sepak negara kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir untuk menentang pasukan tuan rumah Indonesia.

Tapi apa yang menarik perhatian saya pada temasya ini adalah layanan daripada pihak penganjur terhadap para atlet-atlet dan pegawai dari Malaysia. Tidak kira layanan daripada Pegawai penganjur ataupun dari penyokong dan rakyat Indonesia itu sendiri.

Saya tau saya tidak berada disana dan tidak mengetahui keadaan sebenar, tapi apa yang dilaporkan oleh para wartawan dan atelt-atlet sndiri yang kita ketahui dari akhbar-akhbar dan televisyen jelas menunjukkan ada sentimen pilih kasih di temasya tersebut.

Terutamanya jika ada pertandingan yang melibatkan atlet Malaysia. Mengapakah rakyat Indonsia perlu menunjukkan secara terbuka sokongan mereka terhadap siapa sahaja lawan kepada Malaysia. Setiap venue juga pasti akan berlakunya provokasi yang melampau terhadap atlet-atlet kita. Sebagai tuan rumah, perlu menunjukkan semangat kesukan yang baik agar suasana temasya lebih meriah.

Paling yang menyedihkan ialah apabila nyanyian lagu kebangsaan kita NEGARAKU dilaungkan dan upacara menaikkan bendera, mengapa mesti rakyat Indonesia mencerca dan menghina Malaysia. Apakah salah Malaysia terhadap mereka? Maruah Malaysia seperti di hina.

Mungkin mereka semua itu adalah dari kalangan rakyat Indonesia yang tidak pernah lagi menjejakkan kaki mereka ke Bumi Bertuah Malaysia. Oleh sebab itu mereka tidak tahu tentang budaya dan sikap rakyat Malaysia. Mereka perlu sedar berjuta rakyat mereka sedang menimba rezeki di Malaysia. Ini lah semangat serumpun yang Maysia terapkan walaupun pelbagai hinaan telah diterima dari negara Indonesia.

Bagi saya, peranan pemimpin-pemimpin dan pihak media di Indoensia perlu lebih lantang untuk menerangkan kepada rakyat mereka tentang permasalahaan ini. Malaysia dan Indonesia sudah di ibaratkan seperti adik beradik. cubit pha kanan, peha kiri jugak terasa.

Perlu dingat, orang melayu indonesia dan Malaysia adalah kumpulan terbesar umat islam di dunia. kita perlu bersatu untuk memertabatkan islam di persada dunia. Jangan kerana perkara yang remeh temeh perpaduan umat islam tergadai.

1 comment:

Aien Not Alien said...

faktor cemburu membuatkan mereka lupa kita serumpun~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...