Wanita Datang Minta Hutang Di Cabul Dan Dipukul | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Wednesday, 23 November 2011

Wanita Datang Minta Hutang Di Cabul Dan Dipukul

KUALA LUMPUR: Hanya kerana menuntut hutang, seorang wanita dicabul sebelum dipukul seorang lelaki di rumahnya di Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Malah, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, suami mangsa yang cuba mempertahankan isterinya turut dibelasah lelaki terbabit yang berusia 30-an.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila pasangan suami isteri berusia 34 tahun itu pergi ke rumah lelaki berkenaan untuk menuntut ganti rugi selepas lelaki itu merosakkan kenderaan mewah mereka jenis BMW kira-kira tiga bulan lalu.

Difahamkan, ganti rugi itu dituntut pasangan suami isteri itu selepas lelaki terbabit melanggar kenderaan mereka.

Sumber berkata, pada mulanya, mangsa menghubungi lelaki terbabit apabila dia gagal membayar wang ganti rugi seperti dijanjikannya.

“Lelaki itu kemudian mengarahkan mangsa ke rumahnya untuk mengambil wang. Mangsa yang tidak mengesyaki sesuatu bersetuju ke rumah lelaki terbabit bersama suaminya.

“Pada mulanya, mangsa bersendirian masuk ke kawasan rumah manakala suaminya menunggu di luar,” katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudian dipelawa masuk dan diarahkan duduk sementara lelaki itu masuk ke bilik kononnya untuk mengambil wang.

“Beberapa minit kemudian, lelaki itu keluar dan duduk di sebelah mangsa. Dia kemudian meraba badan mangsa menyebabkan wanita itu terkejut sebelum memarahinya,” katanya.

Lelaki terbabit kemudian terus memukul mangsa tanpa belas kasihan.

Jeritan mangsa didengari suaminya sebelum dia bergegas masuk dan bergelut dengan lelaki terbabit untuk mempertahankan isterinya itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...