Walaubagaimanapun, agak sukar untuk kita tafsirkan apakah sebenarnya maksud sebuah ikatan persahabatan itu. Ramai yang mengatakan bahawa ikatan ini dapat di iktiraf jika dua insan itu dapat mengaharungi kesusahan, kegembiraan, kejayaan, kedukaan dengan bersama-sama.
Pada zaman yang serba sibuk dan moden ini, adakah mudah untuk kita menjalinkan ikatan persahabatan tersebut? Setiap orang ada misi dan matlamat mereka sendiri. Adakah masa untuk kita luangkan bagi membina ikatan ini? Jika dizinkan tuhan, ikatan tersebut dapat dibina, adakah ia sekukuh seperti apa yang kita harapkan?
Tetapi manusia semakin bijak. Pepatah mengatakan dunia sekarang tanpa sempadan. "Semuanya boleh dilakukan dengan hanya menggunakan hujung jari anda". Teknologi internet. Di kala ini, pelbagai laman sosial telah lahir di alam maya. Facebook, Twitter, Flickr dan sebagainye. Semuanya berlumba-lumba untuk menambah koleksi sahabat. Jarak yang jauh dapat didekatkan. Masa yang yang sempit dapat diluaskan.
Tapi adakah ini juga di kira sebagai sebuah ikatan persahabatan? Adakah semuanya bersama-sama kita untuk berkongsi segala kedukaan atau pun juga kejayaan yang kita kecapi. Memang betul semuanya akan menunjukkan reaksi apabila sesuatu terjadi pada diri kita. Jika berjaya ucapan tahniah akan bertimbun-timbun menerpa, jika sengsara, ucapan semangat dan takziah saling tidak putus.
Memang tidak dinafikan tentang perkara ini. Tapi adakah sama sentimentalnye jika bersama-sama dengan insan yang betul-betul berada dihadapan kita? sudah semestinye suasana nya cukup berbeza. Amat berbeza. Oleh itu ikatan persahabat itu perlu dicari. bukan datang dengan sendirinya.
Selain itu, dalam membina ikatan persahabatan ini mesti ada sebab nya. Memang telah menjadi sifat semula jadi manusia, setiap perkara yang dibuat mesti mengharapkan manfaatnya. Oleh itu, jika bersahabat, kita perlu mencari dan mengkaji apa kesan yang akan kita dapat pada masa akan datang. Memang sukar untuk mencari sahabat sejati, tetapi tidak salah untuk memberi ruang pada diri ini menerima siapa sahaja untuk dijadikan sahabat.
Memang sukar untuk rungkaikan nilai-nilai persahabatan ini. Tetapi disini, saya ingin sampaikan pendapat saya iaitu "Bersahabat mestilah bersebab, tetapi tidak salah untuk bersahabat dengan siapa sahaja".
1 comment:
hurm..pada chii pula..kawan,sahabat dan teman mempunyai maksud yg berbeza walaupun seakan sama pada pandangan kasar..
kawan...senang kita jumpa..dan senang juga ia dilupakan..
sahabat..mereka yang akan bersama2 dengan kita di kala susah dan juga senang..
teman..mereka yang lahir di kalangan sahabat...dan selalunya..1 dalam 10 =)
Post a Comment