HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Tuesday, 27 March 2012

Biodata Zatul Farahin Protege Ogy Ahmad Daud Mentor 6

Biodata Zatul



Noor Nazatul Farahin Binti Mohd Hussin. Berumur 23 Tahun. Dilahirkan pada 17 Mei 1989. Berasal dari Bedong, Kedah. Hobi saya pada masa lapang ialah menyanyi, memasak, dan juga melancong. Saya amat minat menyanyi dan yakin dengan kebolehan saya. Saya ingin menjadi seorang penghibur yang berkebolehan dan berkarisma dalam industri seni tanah air. Harapan saya menyertai Mentor 6 ini ialah mahu berjaya dalam bidang seni ke tahap yang membanggakan saya, keluarga, mentor saya dan juga negara. 


Biodata KJ Protege Adam Mentor 6

Biodata KJ



Abdul Kadir Bin Haji Unding Lana lebih dikenali dengan nama singkatan KJ. Berumur 24 tahun. Dilahirkan pada 31 mac 1988. Berasal dari negeri Sabah. Hobi saya pada masa lapang ialah menyanyi dan menari. Saya bukan sahaja boleh menyanyi dan menari, malah boleh berlakon. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya selain menjadi penghibur yang disegani. Saya sentiasa lakukan yang terbaik dalam segala hal yang saya lakukan dengan harapan semoga saya akan berjaya dalam hidup dan mampu mengubah taraf hidup saya. 

Biodata Puteri Caroline Protege Ella Mentor 6

Biodata Puteri Caroline



Puteri Caroline. Berumur 20 Tahun. Dilahirkan pada 29 Mei 1992. Berasal dari negeri Kelantan. Saya suka bermain gitar di waktu lapang dan membaca. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur yang dihormati masyarakat. Dengan itu, saya berharap agar saya dapat meningkatkan lagi ilmu saya, disamping dapat memperbaiki kelemahan diri. Saya juga berharap untuk menambah pengalaman dan ilmu di dalam program Mentor ini. 



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...