HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Tuesday, 27 March 2012

Biodata Anas Rizuan Protege Faizal Tahir Mentor 6

Biodata Anas

Anas Bin Ridzuan. Berumur 23 Tahun. Dilahirkan pada 17 Januari 1989. Berasal dari negeri Perak. Hobi saya pada masa lapang adalah bermain futsal dan menyanyi. Saya berkebolehan dalam mencipta lagu, berlakon dan mengarah teater kerana saya menerima pendidikan dalam bidang seni teater di UITM, Shah Alam. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang penghibur serba boleh dan versetile. Selain itu, saya bersyukur atas kurniaan bakat seni yang ada dalam diri saya dan saya berharap agar masyarakat umum dapat menerimanya . 


Biodata Ana Syuhada Protege Ramlah Ram Mentor 6

Biodata Ana Syuhada


Ana Syuhada Binti Noor Asram. Berumur 21 Tahun. Dilahirkan pada 29 oktober 1991. Berasal dari negeri Selangor Darul Ehsan. Hobi pada masa lapang ialah menulis cerpen, membaca dan mencipta melodi lagu. Saya boleh membaca dan mengenali nota –nota muzik ini kerana saya mendapat pendidikan tinggi dalam bidang muzik di UITM, Shah Alam. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang Ethnomusicologist, ini kerana saya ingin lebih mengenali muzik-muzik yang terdapat di seluruh dunia. Harapan saya agar masyarakat dapat menerima saya seadanya dengan menerima bakat dan muzik yang saya persembahkan.  




Senarai Peserta Mentor 6 TV3


Senarai peserta mentor bagi musim ke - 6


  • Tisha (Peganti kepada Wanie) (Ferhad)
  • Abd Kadir Unding Lana @ KJ (Adam)
  • Puteri Caroline Mohd Kamel @ Caroline (Ella)
  • Ana Syuhada Noor Asram @Ana Syuhada(Ramlah Ram)
  • Noor Nazatul Farahin @  Zatul (Ogy Ahmad Daud)
  • Anas Ridzuan @ Anas (Faizal Tahir)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...