HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Showing posts with label BIODATA PELAKON HEBAT MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label BIODATA PELAKON HEBAT MALAYSIA. Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

Biodata Penuh Pelakon Faezah Elai


Nama Penuh: Noor Faezah Elai

Tempat Lahir : Gelugor, Pulau Pinang

Tarikh Lahir : 16 Ogos 1982

Umur: 29 tahun

Adik Beradik: Anak sulung daripada tiga beradik

Pendidikan : Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Hobi : Mendengar muzik

Kerjaya : Pelakon, pengacara dan model

Filem : Otai, Adik Manja Returns, Cun, Awekku Pontianak, Senjakala, Mantera dan Tanda Putera.

Drama : Antaranya, Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Asmara 1 & 2.

Iklan : Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish dan Celcom.

Hos Rancangan: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9) dan Seri (TV3).

Pencapaian : Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Goergeous People bagi majalah Female.

Biodata Penuh Pelakon/Model Shahz Jaszle



Shahz Jaszle merupakan seorang model dan pelakon remaja popular di Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Ash dalam siri TV Tari Tirana pada tahun 2009. Kelibatnya mula mencuri tumpuan dan menjadi kegilaan ramai apabila muncul dalam siri TV Asmara dan terbaru Gemilang dan Tahajjud Cinta di TV3.

Nama Sebenar : Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin 

Tarikh Lahir : 30 Julai 1988 

Umur : 23 tahun 

Asal : Kampung Baru Kuala Lumpur


Penglibatan Awal Dalam Dunia Seni :

Jejaka campuran darah Cina, Pakistan dan Melayu Indonesia ini sebenarnya telah berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2006 iaitu pada usia 19 tahun. Bermula dengan program TV Naratif Remaja terbitan RTM sehinggalah drama bersiri Tari Tirana yang benar-benar melonjakkan namanya, Shahz telah melalui pelbagai cabaran sebelum namanya dikenali.

Cita-cita asalnya adalah untuk bergelar seorang chef. Malah Shahz berpeluang mengambil sijil kursus perhotelan dan katering di Kolej Komuniti, Selangor, sebelum terjun ke dunia lakonan. Tidak pernah terlintas dalam kepalanya untuk jadi pelakon sebelum ini. Mulanya hanya menemani seorang teman untuk sesi uji bakat program Naratif Remaja tetapi dia pula disuruh mencuba dan akhirnya terpilih. 

Sejak itu beliau mula terlibat dengan dunia lakonan dan dalam masa yang sama aktif mendapat tawaran peragaan.

Ketika menuntut, anak kelima daripada tujuh beradik ini pernah kerja sebagai pelayan di restoran TGI Friday. Selepas mendapat tawaran berlakon siri TV Luna Fantasiku, baru kerjaya lakonan beliau semakin stabil dan seterusnya mendapat tawaran drama Tari Tirana yang memperkenalkan lagi namanya.

Pencapaian :

- Pakaian Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23. (2010)
- (Pencalonan) Anugerah Jejaka Terhangat 2010 - Anugerah Cosmopolitan Fun, Fearless, Fabulous 2010
- (Pencalonan) Artis Baru Lelaki Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...