2011 | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Wednesday, 28 December 2011

Biodata Penuh Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka)


Pelakon baru Cristina Suzanne, 26 yang bakatnya dicungkil dalam Pilih Kasih musim 2, masih baru lagi, belum lagi banyak muncul di kaca tv, tetapi dia dikatakan bakal mengatasi nama nama wajah pan asia lain macam Diana Danielle, Maya Karin dan Julia Zeigler. Cristina akan berlakon dalam satu lagi drama dari Osman Ali, Bicara Hati, mungkin lepas ni nama dia akan meletup2.


Nama: Cristina Suzanne Stockstill 

Panggilan: Cristina

Tarikh Lahir: 22 Januari 1985


Usia: 26 tahun


Keturunan: Melayu/Jerman


Agama: Islam


Drama: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Bicara Hati (akan datang)


Filem Bebas: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)


Tinggi : 168 cm

Tempat kelahiran : Johor

Kerjaya terdahulu: bekas Peramugari (2003 -2009)

Minat: Mendaki, berkhemah, fotografi

Musik kegemaran :Coldplay, A Fine Frenzy, Camera Obscura, Ruth Sahanaya, Julie London, Sheila Majid, Acker Bilk, Cesária Évora, Broken Social Scene


Kekasih Berasmara Di Bilik Mandi Masjid

KOTA BHARU - Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
 
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.
 
Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.
 
Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
 
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.
 
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.
 
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
 
”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.
 
Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.
 
Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.
 
Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.
 
Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.
 

Monday, 19 December 2011

Buat Magic Salji Di Google Search

Antara sebab google adalah pilihan terbaik berbanding yahoo kerana google sentiasa melakukan perubahan dan keunikkan tertentu pada halamannya..kalau korang perasan, google sentiasa menukar homepage searchbox mengikut perayaan dan sambutan tertentu..unik macam ni sapa yang tak nak buka google selalu, tambah lagi google chrome memang laju daripada yang lain..

Nak tahu apa magic terbaru google? Jom tengok apakah dia...pasti korang teringin nak tengok salji turun didepa mata korang sendiri kan, jom tengok salji turun..
  1. Pergi buka Google.com
  2. Taip perkataan “ Let It Snow
  3. Klik "Google Search" atau “Enter”
  4. Perhatikan/biarkan selama 2 second...lihat keajaiban google!
Nak magic lagi tak? Masih ada lagi satu magic yang korang boleh cuba..amaran! jika korang menghidap lemah jantung atau sakit jantung, korang dinasihatkan jangan cuba magic ini..
  1. Pergi buka Google.com
  2. Taip “ mov0001.swf ” atau copy & paste
  3. Klik "Google Search" atau “Enter”
  4. Kemudian, klik link paling atas dalam bentuk Flash Player
Warning: If you have some heart or nervous problem, better NOT try this....!
 

Aktress China Sun Fei Fei, Sengaja Tunjuk Payu Dara Di Karpet Merah

AKTRES CHINA SUN FEIFEI TUNJUK PAYUDARA UNTUK DAPATKAN PERHATIAN? | Aktres China, Sun Feifei akhirnya faham apa yang gadis-gadis TOWIE sudah tahu berbulan lalu … 

untuk dikenali di persada antarabangsa, apa yang perlu dia lakukan hanya tunjukkan sedikit payu dara. Tapi yang menyedihkan untuk bintang TV ini, ia disebabkan satu kejadian yang memalukan di karpet merah.

Sun kelihatan sangat jelita dengan gaun panjang berwarna putih ketika bergaya di hadapan jurugambar dalam perjalanan masuk ke dewan untuk acara Anugerah Esquire di Beijing. 

Ketika dia berpusing untuk masuk ke bangunan, hos malam itu, Fang Ling dengan ‘tidak sengaja’ terpijak tali gaun aktres itu lantas menarik gaun itu ke bawah.


Sun bernasib baik kerana dia mengenakan coli tanpa tali dan seorang pembantu dengan cepat membalut tubuh Sun dengan selimut berwarna kelabu. Sebelum anda merasa kasihan dengan Sun, apa kata anda lihat dahulu gambarnya. Laman web berbahasa Inggeris tempatan, Shanghaiist.com mempersoalkan ketulenan insiden itu.



Ia menulis, “Tangan Sun yang terbuka dan raut wajahnya yang terperanjat – seperti dibuat-buat juga wajah Fang yang terperanjat juga seperti dibuat-buat, menjadikan kami rasa insiden itu seperti dirancang untuk sengaja mendapatkan publisiti.” 

Lagipun, ini adalah cara terbaru aktres China cuba mendapatkan perhatian kepada dada mereka daripada skil lakonan mereka. Minggu lalu, Liu Yuxin dengan berani mendedahkan dadanya. Hos televisyen Liu Wan juga sering memilih pakaian yang mendedahkan sebahagian dadanya.


Walaupun begitu, kejadian terpijak gaun aktres di karpet merah sebenarnya adalah perkara biasa. George Clooney, Harrison Ford dan Brad Pitt pernah juga tersalah langkah. Mungkin Fang benar-benar tidak sengaja.  

BAUCER BUKU RM200 AKAN MULA DI EDAR AWAL JANUARI 2012

Baucer buku RM200 akan mula di edarkan pada minggu pertama bulan Januari 2012.

Baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.

“Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.

“Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan,” katanya selepas merasmikan Karnival Komuniti Pasir Gudang, dekat sini semalam.

SEMAKAN SMS KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2011 | MYSMS 15888

SEMAKAN SMS KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2011 | MYSMS 15888 |  Seperti mana yang anda sedia maklum Keputusan Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan pada hari Khamis ini (22 Disember 2011). Anda boleh dapatkan Keputusan UPSR anda di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. Bagi mereka yang mahu membuat Semakan Keputusan UPSR 2011 dengan SMS, anda boleh cuba langkah dibawah.


Untuk Semakan Keputusan Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) secara SMS anda juga boleh mila menyemaknya bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 hingga 12 malam, 28 Disember 2011. Semoga berjaya!


Thursday, 1 December 2011

Biodata Penuh Nur Fathia Abd Latif (Pelakon / Model Iklan)

Pelakon Yang semakin menyinar
 
 BARU dua tahun menceburi bidang lakonan, nama Nur Fathia Abd Latiff atau Fathia sudah mula menjadi sebutan ramai. Drama Stanza Cinta meletakkan namanya sebaris pelakon popular sedia ada dan mula menjadi perhatian penerbit drama mahupun filem.






PROFILE PENUH NUR FATHIA ABD LATIF

Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff

Panggilan: Fathia

Tarikh lahir: 1 September 1987

Umur: 24 Tahun

Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang

Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik

Kerjaya: Pelakon dan Model

Pendidikan: Sedang Mengikuti Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Drama dan telefilem: Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut.

Filem: Al-Hijab

Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua dan Panasonic.

Tuesday, 29 November 2011

Aktiviti Hentam Menghentam Sesama Blogger Bermusim

Gambar Hiasan
Adakah semua orang perasan tentang perkara ini? Semenjak dua menjak ni, entry-entry panas tentang hentam menghentam kutuk mengutuk sesama blogger sudah surut. Bagus lah kalau perkara ini berterusan.

Tetapi, adakah dunia blog ni akan aman selama-lamanya. sudah pasti tidak. Dari pemerhatian saya yang telah melibatkan diri dalam dunia blog ini walaupun tidak begitu lama tapi hampir mencecah satu tahun, aktiviti cemuh mencemuh ini akan berlaku mengikut musim. Saya peraya dua tiga bulan lagi akan kembali berlakunya perkara ini.

Cuba ingat kembali dua atau tiga bulan lepas, bukan main meriah lagi semua kutuk mengutuk sesama sendiri.walaupun mereka semua tidak merujuk seara jelas kepada siapa yang ingin dituju, tetapi secara jelasnya mereka mengutuk sesama blogger.

Lagi-lagi bila ada blogger yang popular atau yang berpengaruh membuka satu "point" sahaja. maka melarat-laratlah blogger lain turut sama menyertainya membuat entry-entry hntam menghentam ini. (blogger femes jangan sentap lak..haha)

Tapi, mengapakah aktiviti ini berlaku. Adakah kerana sikap cemburu kepada kejayaan orang lain? Atau tidak boleh melihat orang lain lebih dari diri mereka sendiri? Ataupun terasa diri itu sudah cukup hebat sehinggakan orang lain tidak boleh menegurnya?. Sukar untuk menterjemahkannya.

Kesimpulannya kita yang hidup dalam satu komuniti ini perlu bersatu. Jangan memporak perandakan "rumah" kita sendiri. Cuba kita perhatikan berapa banyak blogger indonesia yang menghentam negara kita. Lagi-lagi selepas mereka kalah pada final bolak sepak sukan SEA lalu.

Tapi, berapa banyak pula blogger negara kita yang cuba mempertahankan kembali maruah negara kita itu? Memang ada. tapi adakah seramai yang seperti kita harapkan. Kita semua lalai. (termasuk diri saya sendiri).. orang luar bermaharajalela menyerang kita. Kita pula wujudkan "perang saudara" sesama sendiri. Sedih.

Fauziah Ahmad Daud Akan Saman Johan Raja Lawak Kerana Kurang Ajar

Malam Gemilang Tersebut
INI bukan cerita rumah sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi. Tidak!Ini cerita bagaimana terlukanya seorang primadona tanah air terhadap seorang junior dalam industri hiburan. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk menghormati orang yang lebih dewasa.


Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) lalu.

Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud, 49, dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Iyalah, gandingan baru dan lama siapa yang tak mahu lihat, pentas boleh jadi riuh rendah dibuatnya.
Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton.

Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan.

Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.
“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.
“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.
Mana IQ?

Bercerita lanjut, menurut Ogy, dia juga kesal kerana sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri terutama dalam bidang pengacaraan, dia melihat ramai ‘budak baru’ tidak pandai menghormati golongan senior.

Kata Ogy, ini bukan soal sensitiviti hanya kerana dia merupakan seorang wanita yang berusia.

Tetapi sudah banyak contoh di depan mata yang menyaksikan bagaimana pendatang baru dalam industri tidak bijak menyampaikan jenaka.

Malah, kata Ogy, ada yang tidak faham antara lawak bodoh dengan lawak yang punya IQ.

“Buat lawak tak perlu menghina orang. Lawak yang punya IQ dan isi, yang tak menghina atau mengutuk orang pun akan jadi satu jenaka yang boleh menghiburkan penonton.

“Lihat contoh, Harith Iskandar atau Afdlin Shauki. Mereka tak ada pun nak hina-hina orang untuk membuatkan orang ketawa. Mengapa Johan perlu buat begitu?

“Mengenakan saya di pentas dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai, apa dia ingat saya ni adik diakah?” katanya.

Menurut pengarah dan penerbit ini lagi, kebanyakan jenaka yang dibuat oleh Johan juga tidak berlandaskan skrip yang disediakan oleh pihak Astro.

“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro, ” katanya.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.

Menurut Ogy, biar sekalipun Johan tampil memohon maaf ke atas dirinya selepas ini, namun dia tetap akan berkeras untuk menyaman pelawak tersebut.

“Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

“Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

“Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.

“Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Ogy, dia dan peguamnya kini sedang menguruskan proses lanjut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

“Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.
“Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini!” katanya lagi dalam nada cukup tegas.



Full Review HTC Sensation XL Mobile Specification


Design

  • Device type: Smart phone
  • OS: Android (2.3.5, 2.3.4)
  • Form factor: Candybar
  • Dimensions: 5.20 x 2.78 x 0.39 (132 x 70.7 x 9.9 mm)
  • Weight: 5.73 oz (162 g), the average is 4.3 oz (123g) 
Technology
  • GSM: 850, 900, 1800, 1900 MHz
  • UMTS: 850, 900, 2100 MHz
  • Data: HSDPA 14.4 Mbit/s, UMTS, HSUPA 5.76 Mbit/s, EDGE
  • Satellite system: GPS, A-GPS
  • Navigation: Yes 

Display
  • Physical size: 4.70 inches
  • Resolution: 480 x 800 pixels
  • Technology: S-LCD
  • Colors: 16 777 216
  • Touchscreen:Capacitive, Multi-touch
  • Features: Light sensor, Proximity sensor, Scratch-resistant glass

 

Battery

  • Talk time:11.83 hours - the average is 8 h (457 min)
  • Stand-by time: 360 hours - the average is 396 h (16 days)
  • Talk time (3G): 6.83 hours
  • Stand-by time (3G): 460 hours
  • Capacity: 1600 mAh

 

Hardware

  • System chip: Qualcomm MSM8255
  • Processor: Single core, 1500 MHz
  • Graphics processor: Yes
  • System memory: 768 MB RAM
  • Built-in storage: 16000 MB

 

Camera

  • Camera: 8 megapixels
    Flash: Dual LED
    Features: Auto focus, Touch to focus
  • Camcorder: 1280x720 (720p HD) 
  • Features: Video light, Video calling
  • Front-facing camera: 1.3 megapixels

 

Multimedia

  • Radio: FM
  • Speakers: Earpiece, Loudspeaker
  • YouTube player: Yes

 

Internet browsing

  • Browser:Yes
    • Supports: HTML, FlashPhone 
     
Features 
  • Phonebook: Unlimited entries, Caller groups, Multiple numbers per contact, Search by both first and last name, Picture ID, Ring ID  
  • Organizer: Calendar, Alarm, Document viewer, Calculator  
  • Messaging: SMS, MMS, Threaded view, Predictive text input 
  • E-mail: IMAP, POP3, SMTP, Microsoft Exchange 
Connectivity 
Bluetooth: 3.0 
Wi-Fi: 802.11 b, g, n 
USB: USB 2.0 
Connector: microUSB  
Features: Mass storage device, USB charging, DLNA, Computer sync, OTA sync

 

Other features

Notifications: Music ringtones (MP3), Polyphonic ringtones, Vibration, Flight mode, Silent mode, Speakerphone  
Additional microphone: Yes 
Sensors: Accelerometer, Gyroscope, Compass, Voice dialing, Voice commands, Voice recording

 

Availability

Officially announced: 06 Oct 2011

Biodata Penuh Nur Anzalna Md Nasir (Pelakon)

Pelakon yang semakin menyinar
PROFIL kerjayanya belum pun penuh selebar kertas. Terlalu hijau dan baru untuk diukur menjadi penggiat seni yang berjuang dalam gelanggang hiburan.

Namun itu, bukanlah kayu pengukur bagi melihat populariti si empunya senyuman manis ini kerana entah apa formula yang digarap kemas, nama Nur Anzalna Md Nasir lekas meniti bibir peminat.

Memiliki wajah jelita dengan tutur bicara yang tersusun, Anzalna juga finalis Dewi Remaja 2010 berjaya mencipta nama terlebih dulu apabila muncul dalam drama bersiri Suria Di Cordoba.

NAMA PENUH: Nur Anzalna Md Nasir

TARIKH LAHIR: 9 Januari 1988


DARAH CAMPURAN: Cina (ayah) dan Punjabi (ibu)


KELUARGA: Anak kedua daripada lima beradik (semua perempuan)


ASAL: Kuala Lumpur


PENDIDIKAN: Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia


PENCAPAIAN: Finalis Dewi Remaja 2010


KOMERSIAL: Trenz (siaran TV Indonesia saja), Celcom, Franch Oil dan ECPI


DRAMA: Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3)


FILEM: Sepah Th
e Movie.

Monday, 28 November 2011

Maksud Bulan Muharram Dari Pandangan Islam

Salam Maal Hijrah
ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.
Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Cuma dalam sebahagian kepercayaan masyarakat Melayu pada hari ini, mereka ada yang mempercayai Muharam ini adalah bulan yang membawa sial sehingga mereka sangat takut untuk menikahkan anak-anak mereka pada bulan ini. Kepercayaan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat jawa khususnya. Wallahualam, setakat kajian penulis tidak ditemui sebarang dalil yang menguatkan kesahihan kepercayaan tersebut. Maka kepercayaan yang tidak dilandaskan kepada dalil yang benar ini, ia hanya tinggal khurafat dan tahyul semata-mata.

Hikmah bulan haram
Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam
Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”

Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Salah faham Muharam
Dalam kalangan masyarakat Islam hari ini, terdapat beberapa salah faham tentang Muharam. Selain kepercayaan khurafat sebagaimana telah penulis sentuh, terdapat beberapa amalan lain yang turut perlu diambil perhatian. Antaranya adalah seperti amalan doa khusus awal dan akhir tahun hijriah, perayaan maal hijrah, puasa awal dan akhir tahun, dan perayaan meratap kematian Hussein B ‘Ali r.a.

Kata Syaikh Bakr B Abdillah Abu Zaid rahimahullah, “Tiada dalam syariat ini sedikit pun doa atau zikir-zikir khusus untuk awal tahun Muharam. Umat Islam pada hari ini banyak membuat tokok-tambah (bidaah dalam agama) berupa doa, zikir, atau saling bertukar ucapan selamat. Demikian juga dengan puasa awal tahun baru, menghidupkan malam pertama Muharam dengan solat, zikir, atau doa-doa yang khusus, serta puasa akhir tahun dan seumpamanya yang sebenarnya semua ini tidak ada dalilnya sama sekali.

Tidak juga ada satu pun doa atau zikir-zikir khusus sempena akhir tahun yang memiliki sandaran dalil syarak’. Di setiap akhir tahun, ramai orang yang berdoa dan menyusun doa-doa khusus tertentu yang tidak pernah ditetapkan oleh syarak’. Ini semua adalah contoh perbuatan bidaah yang padanya tidak memiliki asas sandaran dalam agama.” (Tashhiih ad-Du’a, m/s. 107 – Daar al-‘Aashimah)

Demikian juga dengan amalan khusus ratapan sempena kematian Saidina Hussein B Ali r.a dan perayaan maal hijrah sempena bertukarnya angka tahun baru hijriah. Tidak ada sama sekali sandaran dalinya dari sunnah Rasulullah SAW mahupun contoh daripada amalan para sahabat ridhwanullah alaihim ajma’in sedikit pun.
Maka, cukuplah sunnah Rasulullah dan contoh pedoman para sahabatnya sebagai qudwah tauladan dalam beragama.Wallahualam.

SUMBER

Biodata Penuh Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Malaysia

Penjaga Gol Utama Malaysia


Nama : Khairul Fahmi Che Mat
Tarikh Lahir : 7 January 1989 in
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
Pasukan : Kelantan, Malaysia
Tinggi : 1.70 m (5 ft 7 in)
Posisi : Penjaga Gol

Anak ke-4 daripada 5 orang

SEKOLAH RENDAH:
Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu.

SEKOLAH MENENGAH:
1.Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru.
2. Sekolah Sukan Bukit Jalil (National Sport School)
2006-2009 - Kelantan FA President's Cup Team
2008-2009 - Harimau Muda
2009 present - Kelantan
2010 present - Malaysia U-23
2010 present - Malaysia

Kareena Kapoor Wanita Asia Paling Seksi (Kaji Selidik Akhbar Eastern Eye)

Gambar Hiasan
MUMBAI, India - Bintang filem Bodyguard dan Ra.One, Kareena Kapoor muncul wanita Asia paling seksi di dunia, menurut satu kaji selidik terbaharu seperti dilaporkan sebuah akhbar kelmarin.

Aktres berkenaan mengatasi pemenang tahun lalu, Katrina Kaif dengan kelebihan cuma 1 peratus undi.
Katrina yang memenangi gelaran tersebut sejak tiga tahun lalu kini jatuh di tempat kedua.

Seorang lagi aktres Bollywood Priyanka Chopra berada di tempat ketiga diikuti Bipasha Basu yang menduduki tempat keempat.

Tempat kelima pula menjadi milik aktres filem Slumdog Millionaire, Freida Pinto.
Kaji selidik tersebut dijalankan oleh akhbar mingguan Britain, Eastern Eye, menerusi beberapa laman jaringan sosial termasuk Facebook dan Twitter.

Responden diminta memilih selebriti kesukaan mereka daripada senarai mengandungi bintang pop, personaliti televisyen, model dan bintang filem dari seluruh dunia. - Agensi

SUMBER

Nicole Scherzinger Bergambar Bogel Ala Bidadari

Gambar Hiasan
MANTAN anggota The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger kembali hadir dengan berita sensasi. Selepas dilaporkan sudah mempunyai kekasih baharu walau baru sahaja putus cinta, dia kini menghangatkan dunia hiburan dengan sekeping gambar bogel! Gambar tersebut menunjukkan bahagian belakang badannya tanpa seurat benang.

Gambar bogel tersebut dirakamkan oleh jurugambar Raphael Mazzucco menyaksikan badannya hanya dihiasi mahkota dan kalung bunga-bunga pada bahagian atas badan seperti menjadikan dia seorang bidadari dalam keadaan berbogel yang tidak sengaja dirakam gambarnya.

Sementara itu pada bahagian pinggang, punggung dan paha juri program realiti X Factor ini pula, ia seakan dilukis dengan gambar bertema etnik.

Gambar ala bidadari bogel itu kemudian dipamerkan dalam sebuah buku berjudul Culo by Mazzucco. Selain Nicole, sebenarnya ada ramai selebriti lain yang gambarnya pernah dirakamkan oleh Mazzucco dimuatkan di dalam buku tersebut.

Mereka termasuklah Lady Gaga, Fergie, Sarah McLachlan, Alessandra Ambrosio, Pamela Anderson dan Stacy Keibler. Hanya gambar Nicole yang berbogel ala bidadari itu yang menjadi perhatian.

SUMBER

Sunday, 27 November 2011

Biodata Penuh Ahmad Fakri Saarani Pemain Bola Sepak Harimau Malaya

Pemain Hebat Malaysia
 
Semenjak dua menjak ini nama Ahmad Fakri Saarani ini sentiasa meniti dimulut dikanlangan peminta bola sepak sepak tanah air. Selepas menjadi hero, ada juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan kehebtana beliau. Walaubagaimanapun kita haru berbanggan kerana negara mempunyai pemain muda yang hebat untuk mengganti lagenda bola sepak negara.
 
 
 
 
Biodata Ahmad Fakri Saarani

Nama Penuh : Ahmad Fakri Bin Saarani
 
Tarikh Lahir : 08 Julai 1989
 
Umur : 22 Tahun (2011)
 
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
 
Tinggi : 172 cm
 
Kelab Terkini : Negeri Smbilan
 
Berat : 68kg
 
Kelab : Negeri Sembilan FA
 
Posisi : Penyerang
 

Kandungan Susu Ibu Cukup Untuk Anak Kembar

Gambar Hiasan
Cabaran

Menyusu bayi kembar adalah cabaran bagi ibu bapa yang istimewa dan hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu bersedia dari segi fizikal dan mental menerima kehadiran dua bayi serentak, bersedia kemungkinan bayi lahir pramatang, bersedia kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean dan membuat perancangan corak penyusuan kepada bayi.

Persediaan mental juga adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang "susu tidak cukup".

Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran, maka salah seorang atau kedua- duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula! Ini adalah suatu persepsi yang salah.

Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahir serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka. Beberapa panduan yang boleh diamalkan adalah dengan menyusu bayi seawal satu jam pertama dilahirkan. Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal satu jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu. Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah 'ubat' paling mujarab untuk menambah berat badan bayi. Ini kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir.

Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk memperbaiki posisi ibu ketika menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang terlebih awal dengan doktor atau jururawat yang bertugas agar hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama dapat diimplementasikan.

Panduan seterusnya adalah dengan menyusu bayi sekerap mungkin. Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan.

Malah perkara ini harus diterima secara positif oleh ibu kerana ia menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.


Rehat

Ibu juga perlu perbanyakkan rehat. Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stres yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur dan berehat apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran.

Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan lebih perhatian kepada menguruskan bayi.

Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu.

Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.
Anda perlu mengehadkan pelawat.

Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar.

Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ia penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.


SUMBER

Biodata Penuh Pelakon Johan Ariff Asari (Botak Juvana dan Aril Cinta Alysa)

Pelakon yang semakin menyinar



Johan Ariff Asari  lebih dikenali sebagai Botak dalam drama Juvana yang digandingkan dengan kekasihnya Izreen Azmida yang memegang watak sebagai Cikgu Zakiah. Kini, Johan Ariff digandingkan pula dengan pelakon hebat Fasha Sandha (gambar) dalam drama Cinta Elysa dimana dia memegang watak sebagai Aril.





Biodata Johan Ariff Asari

Nama Penuh: Johan Ariff Asari

Umur : 25 tahun (Born 1986)

Asal : Pulau Pinang

Pendidikan : Malacca High School. Diploma jurusan Kaunselin di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Johan pernah mendapat kelas pendidikan tahfiz selama 2 tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.

Sifat : Kelakar, peramah dan suka merendahkan diri

Twitter : @JohanAsari

Facebook : Facebook Johan Arrif Asari.

25 Passwords / Kata Laluan Yang Mudah Di Hack 2011

Gambar Hiasan
Tahun lepas, Imperva menyediakan senarai kata laluan terbaik, yang dicipta oleh NASA untuk membantu pengguna melindungi sains roket mereka, mereka termasuk:

Ia harus mengandungi sekurang-kurangnya lapan aksara

Ia seharusnya mengandungi campuran empat jenis watak-watak - huruf huruf besar, huruf kecil, nombor, dan aksara khas seperti !@#$%^&*,;" Jika terdapat hanya satu huruf atau aksara khas, ia perlu tidak boleh sama ada ciri-ciri yang pertama atau terakhir dalam kata laluan.

Ia tidak perlu nama, perkataan slanga, atau mana-mana perkataan di dalam kamus. 

Ia tidak seharusnya termasuk mana-mana bahagian nama atau alamat e-mel anda.

Berikut adalah senarai kata laluan yang disusun oleh Splashdata  yang paling buruk pada 2011.  

1. password

2. 123456


3.12345678


4. qwerty


5. abc123


6. monkey


7. 1234567


8. letmein


9. trustno1


10. dragon


11. baseball


12. 111111


13. iloveyou


14. master


15. sunshine


16. ashley


17. bailey


18. passw0rd


19. shadow


20. 123123


21. 654321


22. superman


23. qazwsx


24. michael


25. football

SUMBER : YAHOO

Kenikmatan Sebenar Yang Tersirat Di Sebalik Hubungan Seks

Gambar Hiasan
Apabila sebut tentang seks, ada yang berasa teruja mendengarnya. Tetapi cerita disebalik seks masih ramai yang tidak tahu kenapa seks ini wujud dan sebab musababnya. Kali ini kami akan membongkarkan apa yang tersirat sebenarnya di sebalik seks atau perhubungan intim.


Lelaki yang melakukan hubungan seks, menyebabkan aliran daripada testosterone memperkuatkan tulang dan otot serta membantu transform DHEA, iaitu hormon yang mempunyai fungsi untuk sistem imun tubuh.

Sementara bagai wanita pula, hubungan seks ini boleh merangsang pelepasan oksitosin yang boleh membuat perasaan menjadi lega, tenang dan rileks dan terasa lebih nyaman.
Dalam beberapa kajian lain yang dilakukan oleh pakar-pakar juga mendapati hubungan seks yang dilakukan secara teratur memberi manfaat yang sama, seperti senaman yang dibuat secara bersistem.

Ia mampu meningkatkan peredaran darah, kadar kolestrol baik dalam darah dan ada yang melaporkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan isterinya secara rutin 3 kali seminggu, kemungkinan untuk terkena masalah prostat, kadarnya menjadi lebih kecil.

Kajian dari Royal Edinburgh Hospital bersama kumpulannya telah menemubual dengan lebih daripada tiga ribu orang di Britain, Amerika dan Eropah. Tujuannya adalah untuk membandingkan kehidupan seks dan penampilan fizikal dalam kelompok umur yang sama.

Dalam tinjuan itu mereka merumuskan, orang yang menjalani kehidupan seks yang aktif akan lebih awet muda kerana seks mampu memperlambatkan proses penuaan.

Selain itu ia mampu memberikan perasaan aman dan saling terikat dalam hubungan sehingga membawa perasaan bahagia dan automatik menjadi mereka lebih sihat dan kelihatan awet muda.

Dengan kata lain hubungan seksual mempunyai nilai-nilai kesihatan yang positif untuk tubuh. Apa lagi jika anda menikmati dan mencapai orgasme serta memberikan rasa keseronokan yang sama kepada pasangan, ketika melakukan hubungan seksual itu sehingga peningkatan pelepasan hormon-hormon menjadi optimum.

Namun sebagai lelaki, anda harus tahu bukan kuantiti seks yang penting tetapi kualiti seks yang anda lakukan bersama isteri itu diambil kira, dalam menjana kesihatan tubuh anda

 SUMBER

Biadata Penuh Selena Gomez Artis Hollywood

Kekasih kepada Justin Bieber
Selena Marie Gomez (lahir 22 Julai, 1992) adalah seorang pelakon Amerika, penyanyi, dan usahawan, paling dikenali sebagai watak Alex Russo dalam memenangi Anugerah Emmy siri televisyen Disney Channel Wizards of Waverly Place.

Beliau seterusnya meneroka filem dan telah membintangi filem-filem televisyen Satu lagi Cinderella Story, Wizards of Waverly Place: The Movie, dan Princess Protection Program . Dia membuat debut filem teater yang dibintangi beliau dalam Ramona dan Beezus.

Kerjayanya telah berkembang ke dalam industri muzik; Gomez adalah penyanyi utama dan pengasas band pop Selena Gomez & Scene, yang telah mengeluarkan dua studio album RIAA Gold, Kiss & Tell dan A Year Without A Rain.

Sehingga April 2011, band ini telah menjual 1354000 jumlah album di Amerika Syarikat. Gomez juga telah menyumbang kepada soundtrack Tinker Bell, Satu lagi Cinderella Story dan Wizards of Waverly Place selepas menandatangani perjanjian rekod dengan Hollywood Records. Pada tahun 2008, Selena Gomez telah dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF.




PROFILE PENUH SELENA GOMEZ

Nama Lahir : Selena Marie Gomez

Tarikh Lahir : 22 Julai, 1992 (1992/07/22)

Tempat Lahir: Grand Prairie, Texas, Amerika Syarikat

Genre : Pop rock, tarian-pop, electropop

Pekerjaan : Pelakon, Penyanyi sekaligus pencipta lagu, pemuzik, pereka fesyen

Instrumen : Vokal, piano, gitar, drum

Tahun aktif : 2002-sekarang

Label : Hollywood

Laman Web: selenagomez.com

Nama panggilan: Sel, Selly

Ketinggian: 5′ 5″ (1.65 m)

Seks : Bimbang Sakit Jantung Pada Malam Pertama

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Lelaki berusia yang berkahwin dengan wanita muda dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan kaunseling seksual daripada pakar.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga (Kesihatan Lelaki), Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Profesor Madya Dr Shaiful Bahari Ismail berkata, ini penting kerana mereka perlu tahu tahap kesihatan, terutama jantung, tekanan darah dan paras gula dalam darah.


“Ada kalanya lelaki lanjut usia akan berdepan risiko jantung akibat terlalu gembira ketika bersama pasangan pada malam pertama.

“Sekurang-kurangnya ia turut membantu pasangan mendapat nasihat bagi memastikan kesejahteraan keluarga dan mengelak isteri tidak berpuas hati dengan layanan suami,” katanya.


Sambil tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang menyifatkan perkahwinan membabitkan warga emas dan wanita muda serta perancangan menambah cahaya mata sebagai langkah kurang bijak, beliau berkata, ia hanya pendapat individu semata-mata.


“Malah, tidak mustahil pasangan berkenaan memperoleh cahaya mata sekerap mungkin selagi si suami tidak mempunyai masalah kesihatan lain,” katanya.

Dr Shaiful Bahari berkata, proses pembentukan sperma dalam lelaki berlaku seumur hidup hingga terus mampu melakukan hubungan intim dengan pasangan lebih muda untuk memperoleh zuriat.


“Bagi lelaki, berumur 70 atau 80 tahun, ia bukan penghalang kerana mereka masih bertenaga dan memiliki kesuburan, ditambah dengan pasangan yang jauh lebih muda,” katanya.

SUMBER : MYMETRO

Saturday, 26 November 2011

Video Penyingkiran Maharaja Lawak Mega Minggu Ke - 5

Secara keseluruhannya Maharaja Lawak Mega minggu ke lima ini kurang memuaskan bagi kebanyakkan pesertanya. Sehinggakan juri-juri pun ada yang kurang faham dengan lawak yang cuba disampaikan oleh sesetengah peserta.

Mari sama-sama kita lihat video saat-sat pengumuman bagi penyingkiran peserta untuk minggu kelima ini.


Diharapakan kumpulan hero tidak terlampau keewa kerana mereka tetap mempunyai peminat dari kelompok nye yang tersendiri di Malaysia ini.

Tuduhan Terbaru Indonesia Bahawa Malaysia Membunuh Orang Utan Indonesia

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Satu demi satu tuduhan tidak masuk akal dilempar mat-mat Indon terhadap Malaysia.
Jika dahulu kita dituduh mencuri tanah dan kebudayaan mereka, kini tuduhan yang hampir sama tetapi melibatkan perkara lain pula.

Terbaru, syarikat Malaysia dituduh membunuh Orang Utan di Indonesia dan sekali gus mencalarkan reputasi negara itu.

Baca komen yang dilemparkan oleh salah seorang Mat Indon di bawah ini yang kami petik daripada laman web Centre For Orang Utan Protection (COP) di Indonesia.

Pusat Perlindungan Orang Utan (COP) mengkritik cara kejam dan tidak bermoral ladang-ladang kelapa sawit Malaysia yang berpusat di Kalimantan, terutamanya Metro Kajang Holdings (MKH) Berhad. Syarikat ini telah membersihkan hutan-hutan dan mengancam kehidupan orang utan serta hidupan liar lain di Muara Kaman, Timur Kalimantan.

Daniek Hendarto sebagai orang yang berkempen bagi pihak COP berkata:

“Aktiviti jenayah dan kekejaman yang dilakukan oleh MKH Berhad, telah menghancurkan reputasi Indonesia. Pemusnahan hutan dan banyak binatang menjadi terancam di Indonesia, dan ini tidak akan memberikan apa-apa kekurangan kepada Malaysia. Sebaliknya, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada Malaysia. 

Dunia akan mengenali industri minyak sawit Indonesia sebagai industri kejam. Akhirnya, para pengguna enggan membeli produk minyak sawit kami. Dan pengguna akan memilih minyak sawit Malaysia dan bukannya Indonesia. Untuk membolehkan produk-produk Indonesia dijual di pasaran antarabangsa, minyak sawit Indonesia akan dibeli oleh Malaysia terlebih dahulu, dan melabelkannya sebagai produk mesra-eko. Ini hanya satu ulangan jenayah pembalakan haram. 

Hutan Indonesia dibersihkan, balak dijual kepada Malaysia dengan harga rendah kemudian mendapat sijil mesra-eko, dengan itu ia akan dijual dalam pasaran dunia sebagai produk mesra alam Malaysia,”.

“MKH Berhad menguji integriti pihak penguatkuasaan undang-undang Indonesia. Mereka menguji kesabaran kita dan keberanian Indonesia sebagai sebuah negara. Sementara siasatan kes pembunuhan orang utan sedang dijalankan, terdapat seekor orang utan dewasa yang dijumpai cedera dipukul di kawasan konsesi mereka. Undang-undang Republik Indonesia dan Undang-undang nombor 5/1990 berkenaan dengan Pemeliharaan Sumber Semulajadi Kehidupan dan Ekosistemnya telah dipandang rendah oleh MKH Berhad.”

“Cukup-cukuplah. Ini masa untuk MKH Berhad and syarikat Malaysia yang lain meninggalkan Indonesia. Sudah cukup untuk mereka menimbulkan masalah di Indonesia.”

Kenyataan ini telah disampaikan dalam satu demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia. Para sukarela COP memakai kostum Hanoman, Jaya Anggodo dan Suwido, mereka adalah pahlawan-pahlawan beruk dalam cerita epik Ramayana.

**Anda nampak kebodohan Mat Indon ini. Kalau industri minyak sawit Indonesia dibangun dan dipegang syarikat-syarikat dari Malaysia, mengapa pula syarikat Malaysia mahu memburukan perniagaan milik mereka sendiri di sana? Penulis tak berapa nampak lojik perdebatan yang dibawa Mat Indon ini. Adakah anda faham?

**Tanam kelapa sawit pun kita yang ajar, ada hati nak sebut industri minyak sawit Indonesia, geli anak tekak mendengarnya.

SUMBER : MYNEWSHUB


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...