AKTRES CHINA SUN FEIFEI TUNJUK PAYUDARA UNTUK DAPATKAN PERHATIAN? | Aktres China, Sun Feifei akhirnya faham apa yang gadis-gadis TOWIE sudah tahu berbulan lalu …
untuk dikenali di persada antarabangsa, apa yang perlu dia lakukan hanya tunjukkan sedikit payu dara. Tapi yang menyedihkan untuk bintang TV ini, ia disebabkan satu kejadian yang memalukan di karpet merah.
Sun kelihatan sangat jelita dengan gaun panjang berwarna putih ketika bergaya di hadapan jurugambar dalam perjalanan masuk ke dewan untuk acara Anugerah Esquire di Beijing.
Ketika dia berpusing untuk masuk ke bangunan, hos malam itu, Fang Ling dengan ‘tidak sengaja’ terpijak tali gaun aktres itu lantas menarik gaun itu ke bawah.
Sun bernasib baik kerana dia mengenakan coli tanpa tali dan seorang pembantu dengan cepat membalut tubuh Sun dengan selimut berwarna kelabu. Sebelum anda merasa kasihan dengan Sun, apa kata anda lihat dahulu gambarnya. Laman web berbahasa Inggeris tempatan, Shanghaiist.com mempersoalkan ketulenan insiden itu.
Ia menulis, “Tangan Sun yang terbuka dan raut wajahnya yang terperanjat – seperti dibuat-buat juga wajah Fang yang terperanjat juga seperti dibuat-buat, menjadikan kami rasa insiden itu seperti dirancang untuk sengaja mendapatkan publisiti.”
Lagipun, ini adalah cara terbaru aktres China cuba mendapatkan perhatian kepada dada mereka daripada skil lakonan mereka. Minggu lalu, Liu Yuxin dengan berani mendedahkan dadanya. Hos televisyen Liu Wan juga sering memilih pakaian yang mendedahkan sebahagian dadanya.
Walaupun begitu, kejadian terpijak gaun aktres di karpet merah sebenarnya adalah perkara biasa. George Clooney, Harrison Ford dan Brad Pitt pernah juga tersalah langkah. Mungkin Fang benar-benar tidak sengaja.
No comments:
Post a Comment