HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Tuesday, 27 March 2012

Perompak Acu Parang Di Muka Mawi AF

KAJANG: Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.

Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.


Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak.
 

Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.

 Menurutnya, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, dia, isteri, Nor’Ashikin Rahmat, 32, atau Ekin serta ibu mentuanya, Fatimah Saad, 55, tidur sebilik manakala nenek mereka, Salmah Sahan, 77, berada di bilik sebelah manakala seorang pembantu rumah di tingkat bawah. 

SUMBER : MYMETRO

Permohonan Borang SPA8i Perkhidmatan Awam Lepasan SPM

Permohonan online  SPA melalui borang SPA8i bagi lepasan calon lepasan SPM . 

Bagi calon yang baru sahaja menamatkan peperiksaan awam SPM, anda digalakkan supaya memohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang SPA8. 

Dengan itu, anda dapat menyambung pelajaran anda dalam bidang diploma atau sijil dibawah pembiayaan SPA.

Permohonan Borang SPA8i

Untuk mendaftar SPA, sila layari borang online SPA8i, anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. 

Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang SPA8

Setelah permohonan selesai, anda perlu menunggu untuk panggilan temuduga dalam tempoh 12 bulan. Sekiranya anda gagal mendapat panggilan dalam tempoh 12 bulan bermakna permohonan anda gagal.

Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM 2012


Permohonan Kursus Perguruan KPLSPM 2012 kini dibuka mulai 22 Mac 2012. Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.


Syarat Asas
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
  • Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta; Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Cara Memohon
Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Applikasi Permohonan KPLSPM 2012.
Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja. Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup
Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...