January 2012 | HIPOTESIS CREW

Search This Blog

Sunday 1 January 2012

Samoa Negara Paling Awal Sambut Tahun Baru 2012

Samoa menjadi negara pertama di dunia meraikan sambutan tahun baharu 2012 kerana garis masa antarabangsa meletakkan negara yang terletak di kepulauan Pasifik itu 24 jam lebih awal berbanding masa di negara-negara lain. 

Samoa dan negara jirannya, Takelau terletak hampir dengan Garisan Tarikh Antarabangsa yang merentasi Lautan Pasifik secara menegak. 

Kedua-dua set gugusan pulau itu mengambil keputusan untuk menjajar semula diri mereka dari bahagian Amerika ke arah bahagian Asia pada tahun ini. 

Langkah itu sekali gus membuatkan Samoa menjadi negara pertama yang menyambut tahun baharu. Rakyat Samoa mengadakan sambutan tahun baharu pada tengah malam Khamis, 29 Disember 2011. 

Samoa juga melepasi hari Jumaat dan terus berada dalam zon waktu 12:01 tengah malam pada malam tahun baharu. Maka tidak hairanlah jika pantai-pantai di negara tersebut dipenuhi oleh pengunjung dan rakyat tempatan yang ingin berpesta.

SUMBER

Chef Wan Tidak Tahan Dicemuh Tutup Akaun Facebook

SHAH ALAM - Selebriti masakan terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 53, atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan menutup akaun Facebook miliknya iaitu Chef Wan Fan Club mulai hari ini kerana ia dijadikan tempat oleh segelintir pihak untuk mencemuhnya.

Menurut Chef Wan, dia berbuat demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan maki hamun orang ramai berikutan komennya sebagai juri dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang disiarkan Astro.
"Tujuan saya mewujudkan fan page Chef Wan Fan Club di laman sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bersama peminat sehingga ia berjaya mengumpulkan lebih 80,000 peminat.

"Namun, apa yang saya lihat ia sudah menjadi punca kepada wujudnya sifat hasad dengki, tikam belakang dan kutuk-mengutuk terutamanya terhadap diri saya. Oleh itu, lebih baik saya tutup terus akaun Facebook tersebut," ujarnya ketika ditemui selepas berakhir saingan program MLM di sini kelmarin.

Antara komen yang dilemparkan di akaun Facebook tersebut ialah Jangan bersikap prejudis wahai DCW berhati mulia. Harus terbuka dengan pemikiran yang bijak dan saksama dan Jangan jatuhkan maruah orang lain.. hati busuk!!!.

SUMBER : KOSMO ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...